Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Personaliti AtM Abdul Rahim Mahmudin

Personaliti AtM Abdul Rahim Mahmudin

Abdul Rahim Mahmudin atau lebih dikenali oleh rakan rakan sebagai Wak . Anugerah tertinggi yang di terima ialah JP bukan Jaksa Pendamai tapi Jawa Peranakan .
Berasal dari Sabak Bernam Selangor Darul Ehsan. Telah dianugerahkan isteri pertama dan dikurniakan cahayamata.Sekarang ini Wak JP tinggal di Jalan Kapar Klang bersama sama isteri pertamanya serta anak anak.

Mula berkecimpung dalam dunia basikal sejak lima tahun dahulu. Mula belajar menunggang basikal sejak berusia 5 tahun. Basikal pertamanya sebuah basikal tua yang biasanya digunakan mengangkut beras pada hujung tahun 1980-an.

Mula menjelajah dengan basikal dari Jalan Klang ke Pantai Remis Jeram Selangor dan kawasan sekitar Kuala Selangor , Sabak Bernam dan Tanjung Karang.

Wak Jp mula keluar dari Malaysia dengan membuat penjelajahan ke Thailand. Route di Thailand yang paling digemari dari Wang Kelian ke Bandar Satun dan bermalam di resort tepi sungai . Kemudian berkayuh ke Tammalang dan bergambar dengan ketam replika . Di Tammalang Wak JP sempat melawat Taman Paya Bakau dan mendaki menara tinjau untuk menyaksikan keindahan laut Andaman.
Selepas itu, Wak JP akan berkayuh ke Tanyongpo dan menikmati makanan laut disana. Jika masa sudah suntuk, dia akan bermalam di Bagan Belacan , Tanyongpo.Keesokkan harinya dia akan berkayuh ke Pak Bara. Perjalanan ke Pak Bara agak jauh dan banyak pendakian. Maka setibanya di Pak Bara, Wak JP akan bermalam di sebuah resort tepi pantai. Di Pak Bara mereka akan bersantai di tepi pantai dan menikmati makanan laut.
Keesokkan harinya, Wak JP akan pulang dan singgah berkehmah di Thale Ban National Park. Mereka akan bermalam disana sambil menikmati suara unggas malam. Seawal pagi dihiburkan dengan suara burung di pinggir hutan.
Keesokkan paginya mereka akan berkayuh ke Wang Prachan Border dan menikmati Pulut Ayam sebelum selesaikan urusan passport.
Wak JP juga pernah menjelajah Indonesia. Indonesia juga antara destinasi pilihan Wak JP, faham faham saja lah.

Isteri dan keluarga adalah pendorong Wak JP mengembara. Kejayaan paling manis semasa berkayuh bilamana berjaya melintasi Banjaran Tanah Tinggi di Aceh Tengah.

Selain dari berbasikal, Wak juga pernah kembara bersama motosikal sehingga Laos. Peristiwa sedih di Laos menjadi sejarah hitam dalam hidup Wak. Mereka pergi bertiga dan kembali berdua kerana tidak sehaluan. Sikap Wak yang mementingkan persahabatan , membuatnya terkilan sehingga ke hari ini.

Wak bercadang untuk menjelajah seluruh Indonesia dengan basikal. Impian Wak ingin berbasikal mengelilingi dunia.

AtM mendoakan Abdul Rahim Mahmudin dimurahkan rezeki , diberi keberkatan hidup dan berjaya dalan lapangannya. Aamiin.

Artikel santai dan sedikit gurauan ini , adalah persetujuan dari Wak.







0 comments:

Catat Ulasan