Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » RIDE JUBOQ BESI KE UTARA VIETNAM ( PART 5 - TERKULAI LAYU )

RIDE JUBOQ BESI KE UTARA VIETNAM ( PART 5 - TERKULAI LAYU )

4HB APRIL 2015

LANG SON - MAU SON - HALONG BAY.






Semasa di bandar Lang Son pada malam harinya sempat bang Eid dan Taqril Google kan apakah tempat tempat menarik disini. Rupa-rupa ada sebuah gunung, dimana musim sejuknya salji turun disini diantara bulan Disember hingga Januari. Gunung tersebut nama nya Mau Son.

Bangun pagi Bang Eid pi ronda-ronda kedai moto tongsan. Kat pekan ini banyak jenama dari negara tongsan dijual disini nohh....




Pendakian kepuncak Gunung Mau Son sejauh 15 km. Jalan hendak keatasnya berliku-liku dan berpasir sesekali sekali berselisih dengan lori pengangkut bahan binaan dari atas. Tapi pemandangannya tidak lah sehebat Ma Pe Ling Pass. 



Gunung Mau Son adalah tempat percutian tanah tinggi orang-orang Perancis suatu ketika dahulu sebelum peperangan. Setiba dipuncaknya seolah-olah kita sampai ke istana orang-orang Inggeris dengan senibinanya amat unik. Suatu pertanyaan didalam hati saya kenapa tempat percutian ini ditinggalkan terbiar atau lebih kepada percutian musim sejuk. Dari segi pengamatan dihati seolah-olah tempat ini sebuah mistik dan amat menggerunkan.

Sila lihat beberapa keping gambar yang dirakamkan.











Perjalanan dari puncak Mau Son ke Halong Bay amat memenatkan. 30 % perjalanan adalah dikawasan luar bandar jalannya tidak berturap. Melalui beberapa pekan kecil Dinh Lap, An Chau dan Tan Dan . Bila tiba di Ha Long Bay amat berbeza kerana disini memang terkenal dengan kawasan pelancungan Eropah dan di rantau asia. Rata-rata kita akan menemui banyak pelancung khususnya orang barat datang bercuti kerana negara mereka musim sejuk. 





Di Ha Long Bay kami menginap di sebuah guesthouse dengan harga 10usd. Dimana ramai pengembara yang menyewa motor atau membeli motor terpakai untuk touring dari selatan Vietnam ke utara Vietnam.
Pelancung dari Eropah menyewa motor dari Ho Chin Min ke Ha Long Bay

Disebelah malam harinya kami mengunjungi Pesta Bunga dari Korea yang diadakan di bandar lama Ha Long Bay. Ramai pengunjung tempatan dan luar negara dipameran ini. Pandai mereka mempromosikan produk pelancungan hingga menarik ramai pengunjung dalam dan luar negara.










5HB APRIL 2015

 HALONG BAY.

















0 comments:

Catat Ulasan