AYUTHAYA - BANGKOK - HATYAI
Hari ini merupakan hari terakhir utk Kembara Solo Berkapchai saya di Thailand.Meskipun masih berbaki empat hari lagi,saya memilih untuk menamat KSB saya setakat Kota Bangkok sahaja.
Perjalanan hari ini hanya melibat jarak tidak sampai 100km,bagaimanapun ia tetap merupakan cabaran yg agak sukar serta mencabar untuk mengharungi kesesakan jalanraya di kota metropolitan ini.
Sebelom bertolak ke Bangkok,saya sekali lagi mengunjungi Kota bersejarah Ayuthaya yg terletak tidak jauh dari Chantana G/hous .Hari ini saya berpeluang untuk masuk sehingga kebahagian belakang tapak sejarah tersebut bg merakam beberapa keping gambar kenangan.
Setelah hampir satu jam setengah saya berada di kawasan tersebut.Saya pun terus bergerak untuk meninggalkan Ayuthaya menuju ke Stesen Keretaapi Hualamphong Bangkok.Sebelom itu saya singgah sebentar di Stesen Keretapi Ayuthaya untuk membeli tiket awal bg mengelak sebarang kesulitan di Hualamphong.Saya harus tiba di sana sebelom jam 1.00pm untuk menguruskan semua urusan penghantaran motorsikal ke Hatyai.Jadul keretapi bertolak dari HRSB ke HRS ialah pada jam 3.40pm.
Setelah beberapa kali tersilap jalan dan terpaksa meminta bantuan dari penduduk tempatanuntuk mendapat laluan sebenar ,sekitar jam 11.00am saya tiba HRSB..langsung saya terus ke kaunter utk proses penghantaran motorsikal.Kemudian saya makan tenghari serta membeli makanan utk dijadikan bekal sepanjang perjalanan dari Bangkok ke Hatyai.
Jam 3.40 pm saya pun meninggalkan HRSB bersama keretapi kelas 2 tempat tidur/ tidak berhawa dingin.
Tren ini dijangka tiba di Hatyai sekitar jam 12.30pm
Itulah sahaja kisah Kembara Solo Berkapchai saya di Laos dan Thailand utk tahun 2015
Terima kasih share info
BalasPadam