Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Kembara Merdeka 2015 Part 3 -Thailand

Kembara Merdeka 2015 Part 3 -Thailand


Imbas kembali dari Khon Kaen Railways 4.30 am

Turun dari train terus melulu mendapatkan motosikal kami dulu dan pastikan benar benar dibawa turun.
Alhamdulillah kami diberi kesempatan dari yang maha pencipta meneruskan misi meneroka di kawasan utara Thai.
Meluncur bersama kapcai ke Masjid Central di Khon Kaen untuk melunaskan tuntutan 2rakaat dan mencari tempat sarapan pagi.
Tiada sedikit perubahan pun pada struktur masjid sepertimana kunjungan saya pada Mar 2015 lepas..hanya kawasan bekas rumah imam sahaja sudah naik bangunan.
 Sheikh Maulana Mohd Hatim al Hafiz keturunan Siam Pakistan mengimamkan solat.
Saya begitu tersentuh dengan bacaan ayat suci beliau yang shahdu memecah kesunyian pagi .

↑↑ Bahagian hadapan Masjid berdepan dengan gereja kristian.

Bergambar kenangan bersama imam besar Masjid Central KHON KAEN

↑↑ Iman Sheikh Maulana Mohd Hatim Al Hafiz.


Pagi ini kami memutar di kwsn pekan Khon Kaen untuk mencari sarapan dan hancuss harapan kami kerana awal pagi banyak kedai yang belum buka.
Pencarian seterusnya kami bergerak ke Route 12 dari arah timur ke barat menuju lokasi  batu besar berbentuk muka manusia di wilayah Kaset Sombun Chaiyaphum.
Dalam perjalanan kami merakam pintu gerbang Khon Kean sebagai koleksi peribadi buat tatapan akan datang.
↑↑ gate Khon Kaen.

Seperti biasa jalan mudah untuk mencari  makan di Thai adalah 7e...
Kami beli burger ikan sebagai sarapan kami sebelum meneruskan sarapan.
Bader Bob Gold Wing  menikmati Dunhill dari Malaysia sambil menghirup Nescafe panas bertemankan  iphone melayari fb dan whattapp personal serta group....

Ayuh Bob kita ke Kaset Sombun sambil cari kedai makan jika ada degan jarak 130 kilometer dari lokasi kami.
Bergerak ke route 2062,ke 229 menuju  Kaeng Khro.
Sampai di sana jam 9 pagi berhenti di PTT mengisi minyak sambil bertanyakan kedai makan islam..ada yang tunjuk sini dan sana..
Kami pusing mencari disekitar pekan kecil ternyata mengecewakan sehinggalah kami berhenti ditepi kedai makan kecil berhampiran sekolah untuk bertanyakan tempat.
Rezeki kami bertemu sahabat muslim dikedai itu dan fasih berbahasa melayu.
Syukran...
Beliau ADO disitu dan berasal dari wilayah Satun.
Contact beliau: 081 955 1643
Namanya Aran dan beliau memberitahu kami di tempatnya tiada kedai makan islam dan tiada masjid.
Masak dirumah dan terpaksa drive 1 jam untuk solat jumaat kluar drpd tempat kediaman beliau.
Jadi beliau makan diwarung tersebut ikan keli masak berlada yang dibelinya dipasar dan mintak warung tadi masak.
Saya juga mendapatkan kepastian beliau status halal.
Dia beritahu masakan ini dan ini boleh .
Kuali yg digunakan pun berasingan dan port biasa bagi beliau.
Yakin dgn penjelasannya kamipun makan disitu.

Dari situ kami ke route 2253 untuk sampai ke batu berdiri menyerupai wajah manusia.



Inilah ADO Kaeng Khro saudara Aran yang berasal dari Satun seorang muslim fasih berbahsa melayu.



Untuk ke Moh Hin Khao kami perlu mendaki jalan yang melintasi banjaran yang agak tinggi.
Tak tahu nama banjaranya dan view sangat cantik mempersonakan.
↑↑ Gaya abang sado...Bob Gold Wing

Bukit gunung kami tempuh untuk ke lokasi pagi ini...cuaca terbaik langit kebiruan menggamit kesana lagi....
↑↑ Arah lokasi batu berdiri dihadapan kami...


Kami dah berjangkit penyakit batu 1km
Sejak di Malaysia lagi jika berjumpa batu 1 kilometer mesti nak bergambar.
↑↑ Saya dan abang sado Mr. Bob perposing di batu 1km.

Diperjalanan kami melalui kawasan lake yang luas dan Bob serta saya bergambar di jambatan ini..
Menggunakan teknik panorama untuk gambaran skop yang lebih luas sehingga 360 darjah view.

Pencarian kami berbaloi pabila tiba dilokasi kami yang pertama pagi ini.
Wajah batu batu berdiri megah membuatkan kami terpegun akan keindahannya .
Rasanya ramai lagi yang belum mampir kemari kerana kawasan ini masih dalam process pembagunan infastraktur .

↑↑ lihatlah batu pelbagai wajah
↑↑ Setiap batu ada namaya sendiri..

↑↑ View  batu  dibawah pancaran matahari membuatkan kami merasa kehausan dan perlu beredar ke lokasi lain di pencarian seterusnya....



Inilah wajah jika kita view dari sudup tepi.
Hanya mereka disini yang tahu kesah mistik kejadian batu ini....

#batu oh batu......

To be continued


<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>

5 comments:

  1. pasaipa saya tak jumpa masjid ni..sedangkan gareja tu saya boleh nampak..aduhhh

    BalasPadam
  2. pasaipa saya tak jumpa masjid ni..sedangkan gareja tu saya boleh nampak..aduhhh

    BalasPadam
  3. Bertentangan betul..pintu pagarnya....
    Belum ada rezeki..pergi ziarah lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya betui frust petang sbb saya betui2 ride nak bg sampai cepat kat masjid tu

      Padam
    2. Saya betui frust petang sbb saya betui2 ride nak bg sampai cepat kat masjid tu

      Padam