Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Kembara Merdeka 2015 Part 2- Thailand

Kembara Merdeka 2015 Part 2- Thailand


Welcome to Bangkok
Kepenatan terubat selepas saya dan Bob Gold Wing tiba di Stesen Keretapi Hua Lamphong.

Ramai bikers  dari Malaysia yang kurang keyakinan untuk memasuki kota bangkok seperti saya juga pada pertama kali dulu.
Tetapi selepas saya sudah lihat lingkaran jalanraya kota Bangkok tidaklah berbelit belit sangat tetapi kota metropolitan ini sangat luas berbanding Kuala Lumpur.

Pengembaraan saya sebelum ini pun hanya menggunakan google maps dan off line maps jika tiada liputan internet.
Sekiranya anda ingin memasuki kota Bangkok anda mesti kena banyak sabar sebab sana sini sesak .

Setting google anda 

Avoid motorways
Avoid toll roads
Avoid ferries

Anda follow jer navigator  serta arahan signboard jalan kerana polis sentiasa menunggu sesiapa yang cross flyover² tertentu yang tidak dibenarkan.

Day2, kami akan bergerak dari Bangkok ke Khon Kaen menggunakan Train setelah penat lebih 24 tanpa tidur.
Perkara pertama jika anda ingin travel menggunakan train membawa motosikal bersama anda.
[A] Dapatkan tiket dahulu...boleh dibeli dimana mana stesen untuk seluruh destinasi Thailand.
Boleh book in advance mengikut tarikh dan masa anda.
[B] ke bahagian kargo untuk urusan penghantaran motosikal dan kebiasaan mereka hanya berurusan sekiranya kita memiliki tiket serta 3 jam sebelum departure.

Untuk keselesaan setelah 24jam tidak tidur saya dan Bob memilih tiket kelas 2 sleeping seat.

Tiket kami jam 8pm dari Hua Lamphong dan tiba di Khon Kean skitar 4.17am waktu Thai mengikut jadualnya...dan kebiasanya lewat 30 minit average.
Satu jam sebelum berlepas anda seharusnya beli bekalan makanan di 7e yang terdekat,
Air atau jajan buat stock kerana atas train tiada makanan halal serta mahal,biasanya beli air jer.....

↑↑ Stesen Hua Lamphong Bangkok



Dengan adanya tiket ini barulah anda layak dan dibenarkan untuk loading motor dlm gerabak yang sama...
Syarat ,mesti penumpang ikut bersama kenderaanya.

↑↑ Tiket kelas 2

Seat ini hanya dibuka dan baringkan selepas jam 7 Malam serta di alas toto nipis sebagai tilam
Selimut serta bantal..
Dapatlah melelapkan mata dan berehat .
Untungnya jika kita mengembara menggunakan train ini dari segi 
Masa
Penginapan
Kos

↑↑seat ini boleh laras jadi katil

Masa yang dimaksudkan..kita boleh jimatkan masa (hari) riding kita sebab train gerak malam kita tidur tetapi sambil gerak ke destinasi di tuju.

Penginapan...hotel tak perlu lagi

Kos pula..petrol di sana agak tinggi dan jika kita ride kekadang kos minyak sama atau lebih dari kita berkeretapi,itu belum kira kos tayar motor yang haus ataupun maintenan kenderaan.
Keselesaan dan keselamatan juga sekiranya kita ride di waktu malam....

↑↑ suasana dalam keretapi

Point charger juga tersedia untuk kita charge gejet...
Bawa extension cable jika anda nak charge lebih dari 1 gajet dlm satu masa...limited point

↑↑ Tempat soket chager

Setelah puas tidur hampir 7 jam kami pun tiba di destinasi pada jam 4.30 pagi.

Khon Kaen 
Kota yang menyenangkan 
Pelbagai benda ada disini selain dari sutera yg sgt mahsyur bagi penduduk Thai.


↑↑ oh KHON KAEN


Apa yang ada disini????

To be continue

<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>


3 comments: