Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » RIDE SOLO BERKAPCHAI LAOS/THAI ( PART 2/PRE RIDE DAY -1)

RIDE SOLO BERKAPCHAI LAOS/THAI ( PART 2/PRE RIDE DAY -1)

12HB SEPT.2015
Setelah semua persiapan selesai saya lakukan petang tadi.Tepat jam 11.00 pm seperti yg dirancang,saya pun memulakan ride meninggalkan kediaman saya dan keluarga di Shah Alam menuju ke Bukit Kayu Hitam dengan harapan supaya dapat tiba disana sebelom jam 7.00am seperti mana yg biasa dilakukan setiap kali ride melintasi sempadan Malaysia/Thai.
Perancangan asal saya ialah jika saya tiba di border sekitar waktu ikut 7.00am,saya akan terus ride sehingga ke Prachuap Khiri khan.
Entah mengapa tetiba sahaja,selepas keluar sahaja dari kawasan Shah Alam semasa berada dilebuhraya Plus,rasa mengantuk yg amat sangat tetiba datang sehingga menyebabkan saya terpaksa berhenti di RnR Rawang untuk tidur sebentar.
Hampir 1jam 30 minit saya tertidur di kerusi berhampiran surau rnr,setelah berasa segar saya pun menyambung semula ride yg terhenti tadi,sebaik memasuki kawasan sekitar lembah beringin hujan mulai turun dgn agak lebat menyebabkan saya terpaksa memperlahankan tunggangan sehinggalah terpaksa berhenti lagi sekali di RnR TAPAH kerana terlalu kesejukan disirami hujam malam,terpaksa tunggu sehingga hujan redah lagi.
Sekitar jam 4.30 pagi,saya sambung semula meredah hujan yg masih belom reda sepenuhnya  ke RnR Bukit Gantang pula untuk menunaikan solat subuh disana,saya tiba di situ sekitar 6.30am.
Dari situ saya dah tahu,plan asal saya sudah gagal sbb sepatutnya waktu itu saya dah diborder.
sambil ride saya memikirkan sejauh mana yg mampu saya ride utk hari pertama kalo sekitar jam 7.00 masih di Kawasan Perak,saya tetapkan target baru..paling tidak saya mampu ride sampai ke Surathani sahaja utk hari itu.
Kesan basah air hujan dilebuh raya masih ada,dengan kenderaan semakin banyak menuju kearah ke Utara,sekitar jam 9.00pm saya mula memasuki kawasan P.Pinang,teringat pula nak berjumpa dengan sahabat fb iaitu Halim YB,nasib baik call dia tak jawab,kalo tidak lagi la melambatkan waktu saya.Dalam henset saya terdapat dari seorang lagi sahabat FB yg berhajat nak berjumpa sebelom saya melintasi sempadan.
Saya berhenti lagi sekali di RnR Gurun utk berjumpa dgn Sdr Nazri sebentar,sambil2 mengisi perut yg dah agak lapar di situ
Kemudian saya terus ride menuju ke Pekan Jitra untuk berjumpa pulak dengan Pak Eid Sidek sebagaimana yg dijanjikan sebelom ini.Sekitar jam 11.30am tiba di pejabatnya,lepak kejap sambil pekena nescafe dgn kawan2 sekerja pake eid .
Pak Eid peturun sikit ilmu cara nak menggunakan maps, dia bg route utk ride saya dan menukar Simkad Siam dan berberapa pekara yg berkaitan,masa ini la baru plan ride berubah utk naik menggunakan tren. kebetulan pulak hari itu Pak Eid ada urusan dikawasan Changlong,jadi kami bergerak bersama kesana. Singgah di Changlong utk beli Insuran Siam dan menukar RM ke THAIBAHT
Selepas selesai semua urusan dgn pak Eid,saya mengucapkan selamat tinggal pada beliau dan terus bergerak menuju ke Border.

5 comments:

  1. Terbaikkkk catatan akan kekal dlm memory sepanjang hayat

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Kes tak bawa baju hujan ke bang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. long rider mana mana boleh pakai baju hujan...kang nampak cam nak p gheja pulak

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam