Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » RIDE JUBOG BESI KE UTARA VIETNAM ( PART I )

RIDE JUBOG BESI KE UTARA VIETNAM ( PART I )

RIDE JUBOG BESI KE UTARA VIETNAM


Pasaipa tajuk looqlaq sangat nii.. Itu tak penting yang penting perkongsian dengan rakan rakan disini. 

29hb Mac 2015- Kuala Lumpur ke Hanoi

Assalamualaikum rakan-rakan bikers . Lama nohh... tak mengarang. Jom kita ride di Vietnam. Itu kata-kata yang saya berikan kepada rakan FB Taqril Arill , maka dia pun setuju lalu kami menempah tiket ke Hanoi, Vietnam dengan harga RM 450.00 pergi dan balik.Pada 28hb Mac 2015 , jam 10.00 pagi naik bas dari Jitra ke Kuala Lumpo. Terima kasih Azmir menjemput dan lepak rumah wak Rahim dan Ija Zahri sambil cerita pasai gerek dan moto. Flight pukul 6.30 pagi sempatlah lepak dirumah wak.

Jam 6.30 pagi kami berlepas dari KLIA2 dengan masa penerbangan 3 jam setengah. Sampai di Hanoi waktu tempatan pukul 10.30 pagi. Kami ambil transit bas ke bandar Hanoi .




Pemandangan dari tingkap airport

Bas transit dari Airport ke bandar Hanoi.

Sampai ke bandar Hanoi bang Eid pun menuju ke kedai sewa moto . Moto yang kami pilih ialah HONDA Furtune 125cc. Memang lasak moto ini dengan kadar sewaan 18USD sehari selama 10 hari.

Ini tuan punya kedai motor nama dia Mr. Phong


                    Setelah urusan sewa moto selesai kami pun menempah tiket keretai ke Bandar Lao Cai bersama dengan moto. Harga tambang moto ialah 25 USD dan penumpang 30 USD dengan kelas tempat tidur. Satu perkara yang bang Eid nak pesan kat hangpa semua sebelum naik keretapi moto jangan isi minyak penuh kerana akan disedut oleh pekerja keretapi . Memamang peraturannya bahan api tak boleh disi didalam gerabak atau sebagai wang saku mereka dengan menyedut minyak.



Keretapi ekspress SP3 Dari Hanoi ke Lao Cai . Keretapi ini bertolak jam 10.30 mlm waktu Malaysia.
sementara menunggu keretapi pada malam hari kami berdua sempat singgah di Masjid Hanoi. Kebetulan sebelah masjid tersebut terdapat gerai muslim Vietnam untuk makanan halal

 Pemandangan dihadapan luar Al-Noor di Hanoi

 Terpanpang halal food BUKAN macam di Laos hanya Indian Food

Kedai Mek Zainab

Pemandangan di dalam kedai makam Mek Zainab sebelah Masjid Al- Noor , Hanoi

                         Untuk makluman kami membeli tiket keretapi ini daripada travel agent bagi mengelakkan ditipu oleh ulat-ulat tiket. Agent kami telah menghantar dan membawa masuk moto untuk check-in sehingga kami dihantar masuk kedalam kabin tempat tidur.
                          Perggghhhh..... sungguh selesa kami tidur sebab semasa di KLIA 2 Pak Eid dan Taqril hanya tidur diatas lantai simen sahaja kerana flight dari K.L jam 6.00 pagi.



Taqril sudah boring menunggu keretapi.


Cerita bersambung di destinasi Lao Cai dan Sapa Vietnam......




10 comments: