Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » CATATAN HIMALAYAN RIDE OLEH SAHARUDIN JUMALI

CATATAN HIMALAYAN RIDE OLEH SAHARUDIN JUMALI

MAKLUMAN
Terima kasih saudara Saharudin Jumali memberi keizinan kepada admin untuk menyalin catatan beliau dan groupnya ride ke Himalaya. 
Inilah catatan beliau selama 10 hari yang admin copy dari FB nya tanpa edit sedikit pun

DAY 2 (MUMBAI - CHANDIGARH - MANALI)
perjalanan diteruskan ke utara india iaitu chandigarh. kami menaiki flight indigo air (low cost fare) dan mengambil masa selama 2 jam lebih. dari situ kami akan menaiki tempo bas menuju pula ke manali melalui jalan tanah tinggi. tempoh perjalanan dianggarkan selama 12-13 jam.
portfolio chandigarh
pandangan dr flight, pertanian masih lagi core product mereka spt padi, mangga india dan jut. byk juga kilang2 simen, elektronik di sekitar kaw chandrigarh. majoriti penduduk adalah dari kaum sikh yg mana rata2 mereka memakai turban di kepala. cuaca ketika ini kering dan berdebu, dn kebanyakan motorist melindungi muka dgn kain.
tempo bas
mcm mini bas dan boleh memuatkan seramai 14 org. ada masalah sikit bila 1st bas yg sampai. tayar botak, tayar spare pun crack. adoiiii!!! so kami minta pada tauke tempo untuk tukar bas dan dia setuju. nak cerita sikit pasal driver. mmg pro senang cakap. walaupun 80% laluan lereng2 bukit dan gunung, kebolehan dia kendalikan bas mmg terbukti. selok2 belok jalan dh ada dalam kepala. sepanjang perjalanan kami layan lagu hindi. ada juga cubaan dr Mohd Shahidan utk pasang lagu metalica tapi sekejap je. driver pulak kata mengantuk kalau x layan hindi song. sukati dia lah.
Pil AMS
time ni penasihat perubatan kami Izzuddin Aizat tak lupa pesan utk makan pil AMS (accute mountain sickness). Pil ni perlu diambil 48 jam sebelum naik ke altitud yg lebih tinggi. symptom2 AMS antaranya pening kepala, mual, dan sukar bernafas.
Dhaba aka RnR restoran
sepanjang perjalanan selepas 2 jam travelling bas akan berhenti di dhaba. yg nak makan pi makan. nak membuang pi la buang. setiap dhaba ada tarikan tersendiri. rata2 pengusaha dhaba adalah golongan sikh.
Manali
kami sampai ke manali sekitar pukul 4 pagi waktu tempatan. terus cek in hotel yg dah earlier book by mr keshav (bike rental owner). masing2 bila dah dapat bantal, tak tunggu lama. plan nak ambik motor dalam tengah hari nanti. sbb masing2 x cukup tidur. 
tapi ada sesuatu yg bakal menunggu kami nanti. apa dia??? tunggu next cerita.
**to be continued.......

DAY 3 (1ST DAY RIDE: MANALI) 25th Aug
imbas kembali: kami sampai di manali dari chandigarh dalam pukul 4am.
alarm berbunyi pukul 6am dr hp aku. jaga dari tidur nampak langit beransur cerah. gagahkan diri pergi ke balkoni. almaklum awal2 pagi sampai manali pun masih gelap. eh! betul ke apa yg aku saksikan ni? mimpi ke? dari balkoni kelihatan banjaran gunung yg dilitupi ais. dibawah pula terdengar deruan air sungai yg biru deras mengalir. Subhanallah. Indahnya bumi Manali ni.
Menggapai epal
sebilik dgn aku ialah Izzuddin Aizat dan Ashwandy Nordin. nyenyak betul diorg tidur. aku keluar dari bilik, moga2 ada rakan2 lain yg dah bangun. mcm takde. sekali lagi aku dikejutkan dengan sesuatu yg tak terjangka. Barisan pohon epal merah yg sedang lebat berbuah. Merah2 semuanya!! bukak pintu bilik nampak epal!! wow!!! terus aku ambil camera dan shoot video dn snap picture. dan ketika itu bbrp rakan telah pun bangun
Merakam kenangan 
dgn background gunung, kami masing2 snap best moment di manali. sungguh menakjubkan. kelihatan bbrp pekerja sedang mengusung epal2 yg dah dipetik ke tmpt pengumpulan. harga sekilo dalam rs50 = rm3.00 shj.
Semangat
dgn background gunung, kami masing2 snap best moment di manali. sungguh menakjubkan. kelihatan bbrp pekerja sedang mengusung epal2 yg dah dipetik ke tmpt pengumpulan. harga sekilo dalam rs50 = rm3.00 shj. letih seolah2 hilang setelah menyaksikan sendiri keindahan di manali. Bunyi deruan enjin dari bbrp royal enfield (RE) yg lalu lalang depan hotel menambahkan lg keterujaan kami. sekitar pukul 10am kami ke kedai keshav utk mengambil RE.
Manali Enfield Center 
itulah nama kedai mr keshav. terdpt model bullet 350 dan 500cc. pilih je. 1st sekali dia minta kita cek dulu motor. ada apa2 yg tak kena highlight dan dia akan intruct mekanik utk tukar. or else tukar motor lain. setelah masing2 puashati, tibalah masa utk load beg masing2 kat motor. each RE fitted dgn open rack system. tali dn bungee cord digunakan utk ikat beg. rata2 beban beg setiap sorang 30kg average (clothes / makanan / tent). memandangkan ada dlm route kami nanti, sejauh 385km tanpa gas station, disarankan utk membawa botol utk spare petrol. urusan permit ke rohtang pass juga diselesaikan waktu itu juga. trdpt bbrp option sama ada kami perlu mengupah tourist guide atau mekanik. setelah difikir2kan kami mengupah 2 org mekanik utk menyertai xpdc ini hingga selesai. reason: lebih murah, dan penting utk repair RE bila rosak dll. utk info chief mechanic named sandy and manesh as the assistant
Selasa tutup daaa
hari pertama tanpa diduga, keshav maklumkan konvoi kami tidak boleh melepasi rohtang pass kerana border authority tutup pada hari selasa (utk foreigner shj). dia advise utk camping di kothi (14km shj dari manali). so no rushing, kami ambil keputusan utk layan dulu town manali.
Bermulalah kembara
perbincangan route telah dipersetujui oleh semua member 6 bulan lepas. Laluan clockwise dari manali - tandi - kistwar - srinagar - kargil - leh. khardung la - leh - sarchu - manali. 
(refer map) bermakna kami akan buat 1 loop sejauh 15++km sebelum kembali ke manali. anggaran total day ride 11-12 hari. so, ada org tanya kenapa nak susah2 ke khardung la smpi 12 hari walhal sebenarnya boleh buat 3 hari saja jika melalui manali - sarchu - leh? berikut adalah few reasons why we choose the path
1. kami nak explore northern india
2. experience adventurous riding (lalu most dangerous road + lebih offroad)
3. pergi jalan lain balik jalan lain
4. moderate elevation, turun naik altitud so that kami dpt menyesuaikan diri dgn suhu dan udara nipis
5. more mileage; coz we love riding
lepas makan tgh hari dan shopping sedikit makanan kami pun bertolak ke 1st checkpoint di kothi. dan kami akan bercamping disana. cuaca dan tempreture mulai dingin di ketinggian 2000m. dlm pukul 6pm kami sampai ke kaw perkhemahan dan start mendirikan tent masing2. yg carik air, yg carik kayu api, yg pasang bendera, masing2 bekerjasama menyiapkan apa yg perlu. demikian cerita utk hari pertama ride kami. nantikan episod seterusnya
best phrase
1. ho liaw - Izzuddin Aizat
2. kitna rupee - Nur Jehan
best of the day
1. live apple tree
2. best mountainous scenery 
3. 1st time naik RE
4. camping
worst of the day
1. border closed on tuesday

DAY 4 (2ND DAY RIDE: KOTHI - UDAIPUR) 26th Aug
lama dh tak camping ramai2 mcm ni. malam tadi agak terlalu sejuk di camping site. suhu turun ke 5 degree celsius. masing2 sarung sleeping bag. sejuk ketor. ada bbrp team member yg bangun awal pagi utk menikmati suasana pagi dipergunungan. dlm byk2 member sy pasti hanya sorang shj yg berani mandi waktu tu. maybe Izzuddin Aizat dh practice awal dalam bilik mayat di hospital dia kerja agaknya!
hari ni perjalanan akan diteruskan ke maximum mileage yg boleh cover. target ride sehingga pukul 6-7pm. spt yg dijangka laluan lereng bukit, zig-zag with sharp hairpin corner dan akan melalui rohtang pass di ketinggian 3978m. dari situ kami akan menuju ke tandi utk mengisi petrol. for info tandi adalah last gas station sekiranya anda memilih route sarchu - leh sejauh 380km.
Offroad bermula
bermula dari rohtang pass, kami menuruni pula lereng gunung dan disinilah bermulanya offroad. loose gravel, debu/habuk dan deep sand mewarnai terrain yg kami lalui sehingga ke tandi. ada di antara kami yg lost control bila front tire locked di pasir2 yg dalam dn jatuh. tak kurang juga beg2 yg jatuh krn ikatan yg kurang kemas.
dugaan
dugaan melanda bila RE Nor Fikri Kamil patah absober kanan. Masalah disedari oleh mekanik kami dan repair dilakukan berhampiran gas station tandi. selepas sejam perjalanan diteruskan semula.
udaipur
sampai ke udaipur kira2 jam 7pm. atas nasihat mekanik kami bermalam di sana sahaja. terdapat bbrp guest house disana. udaipur hanyalah pekan kecil dan main economic xtvt adalah ternakan kambing & lembu, tanaman epal dan padi. kami memilih guesthouse yg mempunyai secure parking.
best of the day
1. dikelilingi beratus2 ekor kambing ketika hampir sampai ke udaipur
2. start offroad
3. suhu rendah 5 degree
worst of the day
1. habuk + silau matahari menyukarkan kami melihat jalan
2. beg camera jatuh selepas rohtang. mujur camera tak rosak
tips elak kesejukan ketika ride
1. pakai baju hujan @ inner kalis angin/air selepas 1 tshirt di badan. kemudian pakai riding jacket. cukup setakat 3 lapis. 
2. pakai winter glove / ski glove. glove leather rm600 - 700 tak practical.

DAY 5 (3rd DAY RIDE: UDAIPUR - PADDER) 27th Aug
Selepas semalam melayan offroad kategori geli2, kami bakal meneruskan perjalanan ke pekan kistwar. Namun, dek kerana bbrp masalah yg x dapat dielakkan kami terpaksa bermalam di sebuah kampung Keeru, Padder. Nantikan cerita selanjutnya
Tayar golek dari udaipur dlm pukul 9am. sebelumnya kami breakfast nasi goreng bersama omelette yg disediakan. setelah bbrp insiden semalam, kami masing2 melaungkan kata2 semangat demi meneruskan misi kami.
125km saja
atas kertas tak lah terlalu jauh kan?. berdasarkan local info, jalan adalah 100% offroad dan kami akan melalui bbrp water crossing, 30-40 degree hiking, sharp hairpin corner, jalan lereng gunung yg muat2 sebuah lori, jurang2 yg berkedalaman 1-2km. tiada pekan atau bandar disepanjang laluan ini. menarik ye tak? tapi selepas apa yg bakal kami lalui nanti, inilah jalan yg paling mengerikan, menyeksakan, serik, penat yg tak terkira sepanjang xpdc ini.
river crossing
selepas 1km dr udaipur keterujaan kami mulai muncul bila kami melewati sungai yg mengalir melintasi jalan. mujur sy dh bersiap sedia dengan shoes cover yg sy bawa dr malaysia. takde la basah. trdpt tak kurang dari 10 river crossing sepanjang laluan ini. memandangkan sy mempunyai botol 5ltr yg kosong sy mengambil keputusan utk diisi dgn air bersih dr atas gunung.
terputus konvoi
ada seketika konvoi kami terputus kepada 2 kumpulan. sy dikalangan group didepan menunggu hampir sejam menanti bikers yg tertinggal. rupa2 nya ada kerosakan RE dikalangan bikers. Ashwandy Nordin terjatuh akibat menggunakan brake depan ketika mengambil corner kerana rear brake shoes yg haus. Motor mekanik kami juga mengalami kerosakan bracket dan patah ekzos. Kami regroup semula di satu kawasan hutan pinewood.
runtuhan batu dan gaung dalam
byk runtuhan2 batu dan kerja2 meratakan jalan sepanjang laluan ini. ada waktu kami terpaksa menunggu lama menanti jalan diratakan oleh jentolak. dinamit juga digunakan utk meruntuhkan batu2 yg berpotensi utk jatuh ke jalan.
UPP post control
kami tiba di satu post spt unit pengawal penyeludupan. beg2 kami diperiksa dan perlu mendaftar kemasukan kami ke destinasi selanjutnya. berdasarkan log book yg ada foreigner yg terakhir melalui jalan tandi-kistwar ni adalah bulan 7. Nyata laluan ini bukan pilihan bikers sekiranya hendak ke Leh. Bukan shj foreigner, local civilian juga mengelakkan laluan ini berikutan jalan yg berbahaya. selama 2 jam kami berada disana, tiada satu pun kenderaan yg lalu lalang disitu. dikesempatan ini, kami berborak dan snap few photos bersama. ketika hampir kami meninggalkan port tersebut, Nor Fikri Kamilmenyedari absober kanan pula patah kali ini.
Ujian bonus
keadaan jalan semakin sukar bilamana kami kena mendaki zig-zag (30degree) dgn sharp corner. Loose gravel menambah lagi kepayahan pendakian. seingat saya kami kena mendaki 8-10 tingkat sejauh 2km. disini skill mengemudi motor amat penting krn perlu momentum berterusan sehingga ke jalan yg rata. anda mungkin jatuh jika motor berundur, oversteer dll. RE motor yg tak punya tork yg tinggi, jadi kena pandai main clucth dn throttle. dan kali ini kami terpecah kepada 3 group......
group 1
saharudin, adimz, rezan, iwan. selepas tiba di jalan yg rata kami berhenti sambil menunggu rakan2 yg lain. kami sepakat utk meneruskan perjalanan ke perkampungan yg berhampiran setelah hampir 1/2 jam menunggu riders lain yg tak sampai2. hari mulai gelap dan masih berada di hutan. dgn penglihatan yg terhad, kami berhati2 menyusuri lereng gunung yg berpasir. kelajuan hnya 10-20kmj. seriau dgn gaung yg dalam dan jalan yg betul2 sempit. bbrp kali terpaksa melepasi sungai2 deras dan agak dalam kali ini. ada ketika melalui percikan air2 dari atas batu persis air hujan. akhirnya kami sampai ke perkampungan keeru. kami berhenti di satu kedai runcit dan menunggu lagi.
group 2
aizat, judin, anep, jehan.
group 3
idan, fikri, bhasser, mekanik.
waktu sudah menunjukkan pukul 10pm di kg keeru. Group 1 resah menantikan riders2 yg lain. sy sendiri mengharapkan mereka tidak meneruskan perjalanan kerana sudah malam. tiada kenderaan pun yg lalu waktu itu. jika ada kami mahu bertanyakan pd mereka sekiranya mrk terjumpa. kami terus sabar menunggu. sementara itu kami sepakat utk tidur di kedai runcit itu memandangkan mereka juga menyediakan bilik2 utk disewa kepada tourist.
dramatik dan terharu
dari hujung jalan kami perasan bbrp lampu menuju ke arah kami. sayup2 kedengaran bunyi RE. BENAR!!! mmg mereka. alhamdulillah. smpi jua akhirnya. kami saling berpelukan dpt regroup balik di keeru. ada tambahan rider dimana mereka bertemu seorg overlander india, danish (muslim).
makan dan tidur
what do you expect from small grocery shop? demi kelangsungan hidup, uncle kedai sukarela membenarkan kami tidur di ruangan bilik sembahyang dan bilik tidur dia sendiri kepada kami. ada antara kami yg tidur diruangan dapur makan dan juga di bumbung kedai tersebut. pacak khemah - settle. masing2 tidur lewat sambil menceritakan detik2 yg dilalui hari ini. sekian
best phrase
#taubatlahum
#paing
#mabukcolok
best of the day
1. numerous river crossing
2. world deadliest road conquered
3. minum air fresh gunung
4. marijuana tumbuh melata2. rupanya legal in india
worst of the day
1. tidur berbaukan colok dan kepaingan manesh (asst mekanik)
2. ride smpi 10 malam
***to be continued.....


DAY 6 (4th DAY RIDE: PADDER - SANGAM) 28th Aug
Pernah ke sebelum ini kita terfikir nak camping atas bumbung rumah orang? Hehehehe. We did it!
Seperti biasa sy org terawal bangun pagi utk menikmati suasana nyaman kg keeru. saja saya naik ke bumbung melawat sahabat yg tidur di dlm khemah. Kelihatan Izzuddin Aizat juga sudah jaga dr tidur. "judin, nak mintak muscle cream! sengal2 satu badan bhai layan offroad smlm". sambil aku menyapu cream mata aku tak lepas menikmati pemandangan gunung ganang di keeru. kelihatan bbrp penduduk kampung mula memenuhi perkarangan kedai uncle. barangkali sudah lama tiada gerombolan motosikal yg lalu di kawasan ini. cuaca agak sejuk anggaran dibawah 10deg.
destinasi hari ini kami jangkakan akan ke bandar terbesar di jammu kashmir (JK) iaitu srinagar. namun, kami hny mampu merancang, sesungguhnya Allah lah sebaik2 perancang. kami akan berhenti di kistwar utk membaiki carrier bracket yg patah dan untuk makan tgh hari. Kistwar adalah wilayah bergolak di JK, diberitakan terdapat daily gunfire disana.
insiden Gulabgarh 
kami bertolak dari keeru sekitar pukul 9am. keadaan jalan mulai baik membolehkan kami ride lebih laju. Kami tiba di satu lembah bernama gulabgarh. terdapat perkampungan kecil dan kelihatan seluas luas ladang jagung dikaki2 bukit. bbrp penduduk kg sibuk dgn urusan masing2. Malang buat Danish apabila dia terjatuh krn gagal mengawal motorsikal selepas melalui lopak air. Dengan bantuan kami dn org kampung, danish diberikan rawatan segera. mujur tiada kecederaan parah dialami beliau. perjalanan diteruskan slps sejam kemudian.
kistwar
slps 2 hari melalui offroad yg jauh, akhirnya kami dapat menikmati jalan tar sepenuhnya kira2 20km lagi utk sampai ke kistwar. kami melahirkan rasa kesyukuran perjalanan kali ini dipermudahkan, alhamdulillah. kami tiba di kistwar pada pukul 1pm dan makan tgh hari. di kistwar terdapat ramai askar india berlegar2 di kawasan pekan bertujuan mengawal ketenteraman penduduk setempat.
sinthan top
dari kistwar terdapat bbrp jalan yg boleh membawa kami ke srinagar. kami memilih jalan terpantas untuk ke srinagar iaitu melalui sinthan top - anantnag - srinagar. jalan ini bukan lah jalan pilihan org tempatan kerana 50% offroad ketika pendakian dan melalui tebing2 yg tinggi. sinthan top adalah high pass di ketinggian 3800m.
tanah runtuh
perjalanan terhenti akibat tanah runtuh slps 15km dr bandar kistwar. runtuhan batu menyebabkan kesesakan dari kedua2 arah. satu pengalaman yg menarik bila nampak kerjasama mereka berusaha membersihkan kaw runtuhan dgn menggunakan tenaga manusia shj. sekali2 sekala batu2 kecil jatuh dari atas. boleh lihat kekalutan mereka lari bertempiaran bila trdpt bbrp runtuhan susulan ke jalan raya. kami tiba di sinthan top pada pukul 8 malam. keadaan sudahpun gelap. hanya pancaran bulan terang menemani kami menuruni hutan pinewood menuju ke kg bidder. dan episod duka malam ini kembali berulang......
Accident
dari kg bidder ke srinagar jaraknya hny lah 80km. tiada lagi pendakian selepas bidder. ketika itu jam menunjukkan pukul 10mlm. sekiranya kami mengekalkan kelajuan antara 60-80kmj berkemungkinan kami sampai ke srinagar dlm pukul 1-2 pagi. namun apakan daya, mekanik kami pula mengalami kemalangan terbabas ke sebuah jambatan yg dlm pembikinan. kecedaraan manesh agak teruk. kerosakan pada RE juga memilukan. cover dan blok enjin pecah kerana hentakan pada concrete jambatan. kami terpaksa menyewa sebuah lori utk membawa RE ke enfield center di srinagar. Kami membuat keputusan utk tidur shj di sangam, 40km sebelum srinagar memandangkan ada antara kami yg terlalu penat sehinggakan terlena di restaurant dan waktu sudahpun pukul 2pagi. Ketika ini Ashwandy Nordin dan Nur Jehan mengikuti lori dan ditugaskan untuk mencari hotel dan hospital di srinagar.
***to be continued........
best of the day
1. kembali ke blacktop road slps 2 hari layan offroad
2. bulan terang, scenery waktu malam di ketinggian 3800m yg paling indah
worst of the day
1. dua insiden kemalangan
2. ride sehingga 2 pagi
3. tanah runtuh




DAY 7 (5th DAY RIDE: SANGAM - SRINAGAR) 29th Aug
bangun saja dari tidur, apa yg paling penting nak di lakukan hari ni ialah mandi. ye mandi. semalaman tak mandi sejak dari padder. masuk bilik air takde heater. aduiiii! ahhhh mandi jugak le walaupun sejuk bukan main. hari ini kami bersembilan hanya melengkapkan route semalam yg tak habis. perjalanan hanya sejauh 40km ke srinagar selama sejam, iaitu bandar terbesar di jammu kashmir. namun, ianya bukanlah 40km yg mudah lebih2 lagi buat kenderaan kecil. trafik sangat2 sibuk seawal pukul 8 pagi. kerancakkan sektor ekonomi di bandar juga menyumbang kepada kekalutan dijalan raya. boleh dikatakan majoriti pengguna jln raya disini tidak beretika, sbg contoh; lori2 yg dipandu laju, kereta2 yg 'makan jalan', overtake sesuka hati, sehingga kami ada ketika mengelak sehingga ke bahu jalan. mata kena sentiasa alert perhatikan apa yg bakal datang dari depan. ketika hampir ke srinagar, nasib tak baik buat Hanif Mahadi terlanggar pejalan kaki yg tiba2 muncul melintas jalan yg jam. kejadian betul2 dihadapan mata saya dan sy membantu hanif yg terjatuh dr motor. mujur tiada kecederaan yg serius.
Kami sampai ke hotel Grand Mamta dlm pukul 11pagi. Alhamdulillah, hotel ada menyediakan free wifi (free300mb shj). inilah masa utk kami berhubung dgn family di malaysia slps 4-5 hari kami terputus hubungan di india. sebak, gembira bercampur baur. ada antara kami yg berlinang airmata tatkala mendengar suara anak2 dan isteri.
Portfolio Srinagar
Srinagar adalah pusat yang paling penting dari segi ekonomi di Lembah Kashmir, dan menjadi destinasi pelancongan. Bandar ini pernah diperintah oleh bbrp maharaja Mughal sejak bbrp abad dan byk taman2 Mughal di dalam bandar.
Lembah Kashmir terkenal dgn tanaman seperti gandum dan beras bhasmati yang ditanamkan untuk dimakan penduduk tempatan. Segmen ekonomi lain termasuk kraftangan , kilang kain wol dan bahan pakaian kulit, dan ukiran kayu.
Attraction
tarikan utama di srinagar adalah Dal Lake - Jewel in the crown of Kashmir. tasik ini seluas 22km persegi. kalau waktu winter suhu boleh mencecah -11degree dan diceritakan anda boleh memandu kereta kecil di atas air yg beku! kami menyusuri tasik dgn bot2 yg boleh disewa dgn kadar yg amat rendah, iaitu rs100 = rm6.50 seorng utk selama lebih 2 jam! tiada enijn digunakan. hanya dayungan tangan semata2! kami amat bertuah kerana merasai waktu petang dan malam ketika menyusuri tasik. disekitar kaw tasik terdapat bbrp hotelboat utk mereka yg ingin merasai pengalaman bermalam di atas bot.
terdpt juga bbrp bazaar di tebing2 tasik yg menjual produk2 tempatan seperti textile, barangan kulit dan buah2 kering. Srinagar amat terkenal dgn Pashminar, tenunan kain dari bulu biri2 yg dipintal. harga pure pashminar shawl boleh dimiliki dlm rs6000 = rm400. Namun ada bbrp kedai di bandar menawarkan harga yg lebih murah.
Pengalaman menyusuri tasik dal membuatkan kami lupa akan keletihan bermotor bbrp hari. best relief ever!
Makanan
disini tak susah utk mencari restoran muslim. beriani dan tandoori menjadi pilihan saya. special nya disini mereka ada menghidangkan ikan trout berempah yg digoreng dan dicicah dgn sambal pudina. mmg sedap! rugi yg tak cuba.
best phrase
1. listen to me brother, listen! - jungle boy (pendayung bot)
best of the day
1. boat cruising 
2. deep fried trout
worst of the day
1. crazy motorists
***nantikan sambungan nya esok........

DAY 8 (6th DAY RIDE: SRINAGAR - KARGIL) 30th August
Seharian berlibur di srinagar rasa tak cukup utk menjelajah tmpt2 menarik di sana. Bandar ini amat sesuai utk percutian keluarga ataupun pasangan yg ingin ber honeymoon.
di hari ke 8, kami akan menuju ke kargil sejauh 200km. kami akan melalui kawasan pergunungan termahsyur di kashmir, sonamarg dan kami akan mendaki sehingga di ketinggian 3,528meter di Zoji Pass. ianya adalah laluan offroad di cerun2 gunung berbatu.
Sementara itu, pagi ini kami perlu menguruskan RE yg mengalami kerosakkan kerana accident. Motor perlu dihantar balik ke Manali memandangkan kerosakan yg amat teruk. Ada kelewatan dlm mendapatkan lori, memaksa group leader mengarahkan supaya bbrp rider utk bergerak dahulu. Group 1 ( Nor Fikri Kamil , Adimz Rahman, Aizat Ridzuan, Izzuddin Aizat, Saharudin Jumali, Ungku Rezan Mohd A'ali, Hanif Mahadi, Ashwandy Nordin). manakala yg tinggal di hotel adalah Mohd Shahidan, Nur Jehan,Bhaseer Wan dn 2 mekanik akan menguruskan perihal motor tersebut.
Bocor
Judin menjadi mangsa pertama kes tayar bocor, 30km sebelum sampai ke sonamarg. kami singgah di sebuah kedai tayar (khas utk kereta dan lori shj) utk tampal tiub. kagum kami melihat tauke kedai membuka tayar lori tanpa bantuan mesin. Agak lama juga menunggu giliran kami. hampir 2 jam lamanya!.
Pecah tradisi
Agaknya dah lama hanif memendam rasa nak mandi sungai di india. Kali ini keinginannya sudah tak boleh dibendung lagi. sementara menunggu turn judin, dia dgn senyap2 pergi ke sungai yg hanya terletak diseberang jalan dan menyertai bbrp kanak2 tempatan yg sdg bermandi manda. kedinginan dan kebiruan air sungai sememangnya menggamit kami utk terjun sekali. hajat tak kesampaian, judin sampai seraya berkata 'on the bike!!!!'.
Zoji Pass
Sekali lagi kami melalui lereng gunung yg sibuk dengan lori2 besar. jalan offroad dan berdebu menyukarkan lagi tumpuan kami ke atas jalan. Namun apa yg paling utama, view dari puncak amat2 menakjubkan dengan barisan gunung2 berbatu, terasa seperti di new zealand! keadaan amat sejuk dibawah 10 degree dan ini bukan lagi masalah kerana kami telah bersedia dari awal. ketika ini waktu sudah menunjukkan pukul 7pm. sekali lagi kami akan menghabiskan baki perjalanan diwaktu malam.
Kami tiba di kargil dalam pukul 10 malam. sejam kemudian disusuli pula group ke 2 turut sampai. kami menginap di silk route inn malam itu. makan malam kami hny di hotel tersebut. seperti biasa kami menyerahkan bekalan kami kpd hotel kitchen utk dimasak. kami disajikan juga teh o + halia + lemon + madu. sgt sedap dan menyegarkan!
ada sesuatu yg menarik menanti kami di kargil. nantikan sambungan nya ye

DAY 9 (7th DAY RIDE: KARGIL - LEH) 31st August
Salam hari kemerdekaan Malaysia. Target kami utk menyambut merdeka di Khardung la tidak kesampaian, atas bbrp faktor yg tak boleh dielak. Namun, misi harus diteruskan untuk menakluk wolrd's highest pass tersebut. Menyambut merdeka di perantauan lebih2 lagi di negara yg serba kekurangan, menyedarkan kami betapa bertuahnya bumi malaysia. Demikian, inilah catatan kami di kargil buat tatapan rakan semua.
Kasut Baru
Kasut timberland yg sy pakai selama bbrp hari, hampir pasti utk tamat perkhidmatannya hari ini. Dari Kishtwar lagi kasut sy dah kehilangani tapak dek melayan offroad di hutan pine menuju ke sinthan top tempoh hari. Target saya utk mencari hiking shoes yg berkuaiti di pekan kargil. terdapat satu kedai yg menjual branded kasut2 hiking, antaranya columbia dan northface. sy memilih goretex northface dgn harga RS2000 = RM130.
Kargil portfolio
Kargil adalah bandar yg terhampir ke sempadan pakistan kira2 kurang 10km shj. 95% penduduk disini adalah muslim. selebihnya adalah hindi dan budha. Jgn terperanjat, 50% muslim pula terdiri dari golongan sunni, dan 50% adalah Syiah. Hotel yg kami duduki dimiliki oleh puak syiah. Jeng..jeng..jeng.... Utk info, ianya adalah laluan utama jalan sutera yg menghubungkan asia dan eropah. terdapat bbrp istana lama disekitar daerah ini. Kargil berada di ketinggian 2676 meter dan suhu boleh mencecah ke paras -40 ketika winter. Kargil juga merupakan pengeluar utama buah appricot di india dimana byk dusun2 diusahakan oleh penduduk tempatan.
Exploring Kargil
Ke mana2 sy mengembara, sy akan bangun awal pagi utk menyaksikan sendiri aktiviti harian penduduk tempatan dan ssedikit sbyk dapat kita belajar tentang budaya mereka. Sy mulakan dgn menyusuri anak sungai indus sehingga ke sebuah empangan kecil. kemudian saya menuju muzium aziz bhat's. Di sini terdapat artifacts sewaktu kargil menjadi laluan sutera suatu masa dahulu. muzium hny di buka slps pukul 10am. Di hadapan muzium trdpt makam tokoh islam iaitu syeikh abdul aziz habibullah. Beliau merupakan org yg bertanggungjwb membawa ajaran islam di kargil. sy balik semula ke hotel dan kali ini, pengurus hotel menyarankan kami menaiki van utk melihat sendiri sempadan india-pakistan yg tak jauh dr situ. kami dibawa ke satu tempat di hunderman, dan dari situ kami melihat satu perkampungan tinggal yg dulunya berlaku pertempuran dahsyat sewaktu perebutan sempadan. Kini ianya diawasi oleh pihak India dn mereka menempatkan askar2 mereka di puncak2 gunung di sana. kemudian kami dibawa pula ke pasar pagi utk membeli buah appricot segar yg baru dipetik dr ladang. pertama kali kami mencuba, buahnya sangat manis. Bijinya juga boleh dimakan, spt kacang badam.
Menuju ke Leh
kami bergerak dari kargil menuju ke leh dalam pukul 11am. perjalanan sejauh 210km dan bakal mengambil masa selama 5-6jam, memandangkan kali ini jalan byk mendatar dgn elevation sedikit demi sedikit. Keadaan jalan juga cantik 80% black top. antara tmpt2 menarik sepanjang laluan adalah lamayuru (budhist ancient monestry), moonland (kaw umpama berada di bulan), drass (2nd coldest inhabited place in the world). terdapat sedikit masalah ketika menuju ke Leh. RE saya putus clutch cabel selepas Lamayuru. Kami sampai ke leh sekitar pukul 8pm dan kami menginap di hotel leh castle.
Best of the day
1. buah appricot
2. border india - pakistan
3. best view (rata2 riders setuju)
4. green pack maggi
Worst of the day
none
Best phrase
Julley = apa khabar, ok, bye, selamat datang.
***to be continued.....

DAY 10 (8th DAY RIDE: LEH - KHARDUNG LA) 1ST SEPTEMBER 2015
Hari yg dinanti2 bakal menjelma. impian bakal terlaksana hari ini. adimz mengejutkan saya dari tidur. jika tiada aral melintang Insyaallah kami dapat menjejakkan kaki ke world's highest pass. Jarak dr hotel ke khardung la hanyalah sejauh 40km daytrip. Kami sememangnya dari awal bersepakat utk skip route ke nubra valley (laluan selepas khardung la), dan diskit dgn menggantikan kedua2 nya dengan trip ke pangong lake keesokan harinya. sementara menantikan rakan2 lain untuk bersiap kami berdua mengambil keputusan untuk bersiar2 di bandar Leh dahulu.
Untuk pengetahuan, trip kami juga clash dgn satu lagi group dari malaysia iaitu Juzride. Mereka juga tiba di Leh pada hari yg sama dan laluan mereka adalah dari Manali - Sarchu - Leh. Tak disangka, hotel mereka hanya besebelahan dgn hotel kami. Pagi itu sempat kami beramah mesra dgn riders mereka sambil bertukar2 info ride. Mereka akan pergi ke khardung la pada esok hari, dan hari ini mereka akan menuju ke Lamayuru.
Kecelaruan info
sambil meneroka bandar Leh, kami sebenarnya mencari local authority untuk mendapatkan kepastian tentang kesahihan maklumat berkenaan larangan kenderaan dari luar wilayah Jammu / Kashmir (bukan plate JK) tidak dibenarkan utk melepasi check point untuk ke puncak. untuk info, motor kami didaftar di himachal pradesh dan menggunakan plate HP. Sy dan adimz pergi ke balai polis berhampiran, namun ianya belum lagi dibuka untuk kepastian. Ada kami bertanyakan kepada pengusaha van/teksi di Leh, dan mereka amat pasti tiada larangan tersebut sepanjang pengetahuan mereka. Info ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kpd kami berdua. kelihatan juga bbrp bikers dari Karala, menggunakan plate KL dan juga Delhi (DL) sewaktu kami mengisi petrol di Leh, dimana kami turut mndpt maklumat yg sama.
Crook bike rental company
setibanya kami dihotel, kelihatan rakan2 rider yg lain telah bersiap sedia dgn motorsikal masing2. Cuma motorsikal bhaseer perlu dihantar ke kedai kerana kerosakan swingarm dan menjejaskan brake function. Bayangkan hari sebelumnya dia mengharungi laluan dari Lamayuru ke Leh tanpa brek belakang!! Tempoh repair bakal mengambil masa sehingga tengah hari. Leader kami tanpa membuang masa mengarahkan pecahan group kpd 2. group ke 2 yg akan bertolak pada tgh hari ialah bhaseer, shahidan, jehan dan rezan. manakala yg selebihnya akan bertolak pagi itu juga. tak lama kemudian kami didatangi oleh seorg lelaki tempatan yg menaiki RE. dia menyatakan kami bakal berdepan masalah sekiranya tiba di check point kerana menggunakan motorsikal luar dari Jammu Kashmir. Ahhh. sudah!! Jelas kelihatan diraut wajah masing2 dalam kehampaan dan tak menyangka masalah ini timbul dikala hanya 40km shj lagi untuk melaksanakan impian kami semua. seakan tidak percaya, takkan kami perlu menyewa lagi motorsikal plate JK!! Tak mungkin. Dalam hati sy mungkin dia sendiri mengusahakan bike rental di Leh, dan cerita itu mungkin direka supaya kami menyewa motor dengannya!! Mana kan tidak, di motor nya jelas terdapat sticker bike tour!!. Selepas dia beredar, kami sepakat utk redah sahaja laluan ke khardung la atas bbrp faktor yg kami rasakan logik, antaranya:
1. terdapat bbrp bikers luar yg tidak menggunakan plate JK, dan mereka telah smpai di puncak semalam.
2. cerita dari pemandu teksi/van.
3. jika ada masalah, sekurang2 nya kami masih ada satu hari lagi utk naik ke khardung la, dgn mengeluarkan trip pangong lake dr pelan kami.
kami nekad utk teruskan misi hari ini untuk ke puncak.
Keperluan
seperti biasa, pil AMS sememangnya umpama vitamin buat kami, dn without miss, kami consume dari hari pertama lagi sesampainya kami di india. Kami turut membeli tong oxygen (sebesar botol ridsect) sekiranya berlaku kecemasan (altitud tinggi penyebab utama sukar bernafas kerana udara yg nipis)
Dari segi pakaian, recommended;
dari dalam > tshirt > inner/raincoat > riding jacket, cukup utk menghalang udara sejuk masuk. utk seluar seelok2nya pakai tracksuit di dalam, dan riding pants.
Glove pastikan winter glove yg berbulu di dalam. windroof dan waterproof. 
memandangkan ianya daytrip, tak perlulah bawa terlalu byk barang melainkan camera dan air.
info khardung la
dari leh (3524mtr) kami akan mendaki ke ketinggian 5602mtr utk sampai ke khardung la. ianya adalah most highest motorable pass on earth dan merupakan gateway ke nubra valley dan siachen. perjalanan ke puncak mengambil masa 2-3 jam melalui lereng gunung dan jalan yg sempit. separuh perjalanan sehingga ke security post adalah jalan tar dan selebihnya offroad berpasir dan loose gravel. suhu sekitar pukul 2-4 petang kira2 bawah 10 degree. sejarahnya, jalan ini dibuka kepada org awam pada 1988. sejak dr itu byk xpdc2 bermotor, dan berbasikal dilakukan disini.
permit
pastikan anda memohon permit terlebih dahulu di Leh district office sebelum memulakan perjalanan ke khardung la. Ianya adalah wajib bg semua foreigner dan berbayar. Permit ini perlu diserahkan di security post yg terletak 14km sebelum khardung la. dan inilah yg terjadi kpd kami apabila kami menyerahkan permit yg salah (indian citizen only). Fikri dan Judin turun kembali dan dapatkan permit yg betul. dan sebenarnya takde masalah pun sekiranya kenderaan anda didaftarkan selain dari Jammu Kashmir
Dipuncak
Alhamdulilah kami semua sampai dipuncak tanpa ada masalah dr segi kesihatan. Masing2 boleh adapt di altitud yg tinggi. Apa yg disyorkan seperti yg tertera di papan tanda pelawat hny boleh berada di puncak maximum 25minit shj utk mengelakkan kejadian yg tidak diingini. Benar!. selepas bbrp lama diatas kami mula rasa pening2 dan sukar bernafas. ditambah pula dgn bau diesel dari generator kem askar berhampiran. masing2 tak melepaskan peluang bergambar. bermacam ragam. kegembiraan tak boleh diluahkan dgn kata2. nyata berada dipuncak khardung la adalah impian semua insan yg ingin kan adventure yg extreme dari serata dunia.
Best of the day
1. semua member dapat menjejakkan kaki ke khardung la
2. main salji
3. merasa snowflakes
Sekali lagi, kami merakamkan rasa syukur kehadrat Ilahi, kerana diberi peluang menikmati keindahan ciptaanNya. Terima kasih juga buat keluarga dan sahabat yg tak putus2 memberi semangat dan keyakinan utk kami merealisasikan impian.
Top of Form


8 comments: