Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Kembara Merdeka 2015 Part 1- Thailand

Kembara Merdeka 2015 Part 1- Thailand


Kembara merdeka kesini untuk mengambil gambar Jalur Gelimang sempena tema ride kami..
˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚
One Heart Ride /Sehati Sejiwa.
˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚
MERDEKA RIDE 2015

Menunggu Otai diantara paling Otai overlander iaitu Shuib@ Eid Sidek.
Macam biasa la...minum dan sembang dulu serta mintak tip apa yang patut serta nasihat dari orang yang lebih advance daripada kita.
Seperti biasa kedai Aju bersebelahan  Masjid Sharifah Fatimah  menjadi port tetap Pak Eid untuk flag off dan juga sambut para bikers dari seluruh Semenanjung yang masuk dan keluar melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam/ Danok.

Jam 2 petang menuju Changloon untuk process pertukaran duit dan assuran motosikal,kedai apek selepas petronas(kiri) sebelum jejantas di sebelah kiri jalan...

Saya bergerak seorang diri pelan pelan dan Bob akan kejar dari belakang kerana hari ini ada kenduri kahwin adik iparnya.
Waimah apapun hang kena sattle dulu kendurinya Bob..
Bukan urusan kecik ,pesanan saya kepadanya seminggu sebelum ride.


Jumpa dengan abam kawasan paling hujung iaitu saudara Khairul Syazwan sebelum cross boder BKH.
Berborak sekejap dengan beliau sebelum dia menunggu untuk punch in card kerja beliau pada 23 hb August 2015.

Bismillahhirrahmanirrahim
Subha nallazhi sahqharalana
Ha za wama kon nalaho mokhrinin
Wainnaila rabbina
Lamonqalibun
Maha suci Allah yang memudah ini(Perjalanan/Kenderaan) bagi kami dan tiadalah kami berkuasa menggunakan tanpa kurnia darimu dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami..aminnn


Selesai urusan di Boder sempat bergambar untuk tatapan keluarga dan rakan-rakan .
Update melalui media eletronik serta hantar lokasi sekarang melalui whattapp..


WELCOME
TO
THAILAND

Dhu dhu dhu dhu der dam.....


Top Up credit telifon dan saya sentiasa memilih rangkaian dtac .
Liputan yang luas serta mesra pengguna

Terus lock 1minggu Internet 200 mb unlimited pada kadar 120 Bth@>RM 12 pada kadar mudah untuk kita kira walaupun RM sudah berada dibawah nilai..


Singgah di PTT Khunha Ratthaphum kira - kira 111 kilometers daripada Jitra, 130 kilometer dari kampung saya dan 240 kilometer dari rumah Bob di Pulau Pinang.
Saya sampai di PTT ini sekitar 9 malam Malaysia sedangkan Bob baru sahaja bergerak dari rumahnya pada jam 8 malam.

Gape antara kami 200 kilometer bermakna saya masih ada masa untuk tidur....
Tapi ......jika dah tidur malas sudah nak ride,jadi saya perkena kopi Amazon sambil layan whattapp dan Facebook.


Kopi segar ,sedap menjadikan ia satu kemestian pada saya setiap kali ke Thailand.
Mantap!!!!!

PTT menjadi stesen wajib bagi saya dan juga biker lain amnya untuk isi minyak dan berehat..
Ibarat RnR di PLUS Hiway.
Banyak kemudahan ada disini
Tandas bersih,7e,Amazon,kedai makan(islam kadang ada) terpilih
Jika mahu wifi percuma boleh ke Amazon Coffee.

Pesanan demi pesanan melalui whattapp 
Mengingatkan Bob supaya beli Assuran,Declare Motor dan urusan wajib diboder mesti di uruskan,kekadang jika kita  tergesa gesa adakalanya membuatkan kita lupa dan masalah berbangkit timbul dan menyusahkan kita juga.
Alhamdulillah  ,akhirnya Bob Gold Wing  sampai dengan selamat...
Honda Future merah sudah sampai..


Jam menunjukkan 1.30 pagi waktu Malaysia dan saya bertanyakan Bob jam berapa awak gerak dari rumah..??

Pukul 8 pm katanya dan selesai semua urusan di boder pada 11 pm.

Semangat nak ride menjadikan Bob begitu bersemangat walaupun seharian gotong royong dirumah mertuanya melansaikan urusan walimatul urus.
 Kami membuat keputusan jika penat atau mengantok kami bermalam sahaja di pump minyak..


Harapan nak tidur malam itu berkecai kerana kami begitu excited nak ride sampai ke Bangkok...

Ride waktu malam di Thailand mengundang bahaya kerana lori banyak dan dikhuatiri pemandu mabuk menjelang senja hingga ke malam hari...

Credit to Bob dapat snap foto sebegini tanpa pengetahuan saya...
Fajar subuh sekitar 4 am waktu Thai dan waktu inilah saat paling mengantuk kerana kami belum tidur sejak kelmarin lagi.


Saya juga sempat mengambil foto Bob semasa riding..
Hari dh mula terang dan kami harus mengisi perut untuk meneruskan perjalanan kami hingga ke Bangkok.

Di persimpangan Tha Chana...
Chumphon di hadapan
Menghilangkan kebas dan mentari mula menyinar dan mata pun mula mengecil
//////
Aksi awesome dari Bob nak hilangkan rasa bersemut di bontotnya

Kami mula memasuki jajahan Chumphon dan masih berbaki 500 kilometer untuk sampai di kota Bangkok.

Singgah di PTT selepang Lang Suan menuju Chumporn..
PTT ini sangat famous buat bikers dan pelancung Thai juga untuk bergambar bersama Kanggaro..



Lihat Bob dibawah perut Mak Kanggaro

Tidak jauh dari pump PTT Kanggaru kami singgah sarapan dikedai Muslim Thai.
Pepagi sudah kena nasi Paprik Campur..

Perjalanan harus diteruskan dan berbaki 455 km ke destinasi .



Jika anda jumpa mercu tanda burung itek ini bermakna anda sudah hampir ke Prachuap dan berhenti makan di Rest Mariam.
Pekena Soup daging ,nasi dan ulam segar spt terung kecil color pink yang rangup .....
Tak ada di tempat kita.

Jam 11 pagi tiba di Restoran Mariam dan anda menilainya sendiri betapa comotnya motosikal saya......
Dah hampir 24 jam bergerak dari Jitra sejak kelmarin.

Bob menjadi model iklan  Restoran Mariam Chumporn
2 pinggan nasi sekali jalan ...zasssssss
Soup dan ulam ...mablessss

Pandangan dari hadapan Restoran Mariam Chumporn.
Lama kami berehat disini
Selesai makan kami solat dulu ,ada dewan solat yg boleh memuatkan 10 jemaah.
Kami terus memecut ke Bangkok dan tidak berhenti untuk bergambar lagi..
Kami tiba di Hua Lamphong Rail Stesen pada jam 2.30pm waktu Thai.


Jumlah perjalanan saya dari rumah 1040 kilometer dan Bob 1250 kilometer dari rumah.
Perjalanan mengambil masa 16 jam dari Boder Bukit Kayu Hitam sejauh 1000 kilometers.

Boleh tahan juga perjalan menggukan Kapcai sejauh itu tanpa henti..

To be continue 
Bersambung di ride yang lebih mencabar


<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>

5 comments:

  1. Tahan mata no.. apa petuanya

    BalasPadam
  2. Saya naik moto tak mengantuk sbb kena angin,tapi kalu naik keta 2 jam ja mengantuk dah...
    Paling jauh ride Bangkok ke Pasir gudang..30 jam non stop...
    Lepaih tu mamai 3 hari sbb jadual tidoq lari....

    BalasPadam