Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » RIDE 4 LOVE

RIDE 4 LOVE

RIDE 4 LOVE - BUMI THAILAND

CATATAN FB EQUAL SANI 





salam semua..hari ini perjalanan yg agak jauh .bermula seawal pagi tadi selepas suboh dari pekan hatyai hingga ke pekan tak..cuaca panas meletihkan dan membuat mata mengantuk..air banjir masih belum surut bak kata org malaysia air termenung..tak de kisah yg menarik utk dikongsi..terima kasih kepada semua yg mengikuti perkembangan Ride For Love..

14 JANUARI 2017 - 11.43 PAGI - PRACHUAP KHIRI KHAN


Ride For Love
Ramai yg bertanya knp ride for love..sebenarnya tajuk atau tema ni tercetus oleh Dr Anis Nadia .beliau la memberi idea ketika saya mencari tajuk yg sesuai utk ride ini..Love meliputi satu definasi yg luas iaitu apa bila cinta kita kepada allah kpd junjungan besar kita nabi muhammad dan agama kita maka akan lahir la perasaan cinta kita sesama insan..program ride ini ada lah sebagai satu dakwah kepada semua agar kita saling menyayangi sesama insan dan saling bantu membantu..


14 JANUARI 2017 - 9.50 MALAM - MAE SOT  THAILAND
Berhenti berehat setelah ride sejauh 1400km...esok masuk ke negara myanmar..



15 JANUARI 2017 - 5.58 PM KHYAIKHTO MYANMAR

Ride For Love
Day 3
bermula dari pekan Mae Sot dan berhenti rehat dipekan Kyauktaga . perjalanan 300km yg mengambil masa 7 jam. cuaca yg agak terik dan jalan raya yg sempit dan permukaan yg tidak rata ,betul menguji mental dan ketahanan badan serta cara pemanduan yg berbeza..alhamdullilah di beri kelancaran sepanjang perjalanan .perjalanan hari inidisaji kan dgn bukit bukau dan semak samun dan kehidupan org myanmar yg jauh berbeza dgn keadaan kita di malaysia..urusan di border myanmar hanya mengambil masa 30 minit utk selesai urusan carnett dan pasport..video perjalanan akan menyusul kemudian..internet perlahan..




Ride for Love
Day 4 -16/1/2017- Bagan Myanmar
bermula di pekan kyaikhto jam 7.30 pagi dan berhenti di pekan bagan jam 8.30 malam..perjalanan yg mendatar di sajikan dgn pemandangan bukit dan sawah padi..keadaan jalan yg tidak rata dan berdebu..ada kisah yg menarik di sebalik sebuah masjid..menu malam ni nasi goreng ikan masin keluaran brahim..apa apa pon aku dapat sesuatu dari perjalanan hari ini.terima kasih atas doa semua ..cuaca pagi ni di bagan 15 darjah celcius..





Ride For Love
sekitar pemandangan di bagan







Ride For Love
Day 5- 17Januari 2017 Gangaw
dari bagan ke gangaw sejauh 270km mengambil masa 6 jam..jalan yg sempit yg hanya boleh dilalui sebuah kereta sahaja, terlalu kerap jumpa off road naik turun bukit..penduduk tempatan yg masih menggunakan sungai utk kegiatan harian seperti mandi dan mencuci serta memasak mengunakan kayu api..hari ini aku dan moto jatuh ketika hendak parking utk mengambil gambar dan menghisap rokok benson yg aku beli ketika di pekan bukit kayu hitam,menunggu hampir 10 minit utk org lalu menolong aku mengangkat moto.mujur tidak ada apa apa..dan sekarang aku berada di sebuah perkampungan yg kecil yg bercuaca sejuk..menu malam ni kari ayam keluaran yoes..esok akan bermula seawal 6.30 pagi utk sampai ke Tamu seterusnya merentasi sempadan india..dan akan menginap di pekan imphal..terima kasih kepada semua yg sentiasa mengikuti perkembangan saya dan mendoakan saya..



100km ke sempadan tamu -moreh india..










Ride For Love
Day 6 - 18 Januari 2017- Moreh , India
Perjalanan seawal pagi 6.30 dari gangaw bersuhu 11 degree diseliputi kabus tebal menuju ke moreh dan selamat tiba ke tamu jam 12 tengah ari sejauh 267 km..urusan kastam dan pasport memgambil masa sekitar 40minit di sempadan myanmar..masuk ke sempadan moreh selepas daftar di kem askar tetiba teringat beg baju tertinggal di imigresen tamu ..mujur dapat contact tourist ejen dtg bantu menghantar beg..masuk je di pekan moreh saya di tunggu oleh  Kaja Mohideen Moreh yg menguruskan urusan imigresen dan kastam hanya mengambil masa 20 minit sahaja..dia ni abg besar kawasan ni..terus di bawa ke masjid utk solat dan dibawa ke rumah nya utk makan tengahari.selasai urusan pembelian sim card dgn penukaran duit bergambar terus aku mulakan perjalanan ke pekan imphal..di separauh jalan aku di tunggu oleh rakan bikers royal riders manipur dan membawa aku minum teh.dan di masa ini aku terima whatsapp dari isteri ku mengatakan ayah aku jatuh pitam dan mengalami pendarahan di kepala dan kemungkinan retak bahu ..dan sekarang berada di kpj pasir gudang..aku meneruskam perjalanan menyusuri laluan berliku dan mendaki bukit bukau serta jalan yg licin dan berlubang.keadaan sgt teruk banyak selekoh tanah runtuh..kawalan ketat oleh askar india di sepanjang perjalanan pendakian bukit..banyak tempat di larang mengambil gambar kerana terdapat banyak post dan kem askar..sampai di manipur aku di sambut sekumpulan rakan bikers dari kelab royal riders manipur dan terus menghantar aku ke hotel..terima kasih semua yg sentiasa mengambil berat..







Highest appreciation to Royal Riders Manipur for your great hospitality for me along the way at manipur.
Look back in life and you’ll see that some of the best memories will be the simple moments spent with friends. My friend, I owe you tons for giving me a pool of awesome nostalgia.
I would rather thank you right now and today for being such an amazing friend, rather than regret not having said these words to you. May God Bless You All






Ride For Love
19 Januari 2017 - Imphal ke Assam, India.
suhu pagi ni 7 degree akan bermula dari bandar imphal ke bandar assam.. di bandar ini masalah mengisi petrol..ada isu minyak sekarang..susah mendapat bekalan..nasib rakan bikers membantu utk mendapatkan bekalan..







Ride For Love
Day 7 - 19 Januari Ghuwahati
perjalanan dari imphal ke guwahati ..perjalanan yg mencabar ..kelajuan maksimum hanya 30 hingga 40 kmj kawasan pergunungan yg curam dan berliku liku..beberapa kali motor aku hampir jatuh kerana jalan yg licin..permukaan jalan yg tidak berturap serta berlubang..membuat aku menjadi penat dan jemu menghadap selekoh tajam..hari ini tak dapat mengambil gambar yg banyak sebab mengejar masa utk menuju ke checkpoint ..ini pon memgambil masa 12 jam..berjumpa rakan bikers di pekan manja dibelanja teh tarik..sebelum 10 kilometer aku sampai di bandar guwahati tiba tiba terdapat sebuah kereta cuba menahan dan menyuruh aku berhenti sambil menjerit ..nasib baik la ada polis di sebelah jalan tersebut..lalu aku berhenti..dan kereta itu terus memecut laju..alhamdullilah selamat..sekian utk malam ini nak makan nasi lemak keluaran brahim..









Ride For Love
Day 8
sedar tak sedar dah 8 hari aku bermusafir mengembara meninggalkan keluarga..hari ini perjalanan dari guwahati ke siligiri mengunakan national highway yg boleh digunakan bukan sahaja kenderaan tapi juga lembu dan kambing..kenderaan sesuka hati menyonsang di laluan highway tanpa peduli kenderaan yg databg dari arah sebenar..hari ni terasa stress menunggang sampai di pekan siliguri pula jem teruk ..lagi bertambah stress dgn belum makan dari pagi hingga kini..handpon pula meragam tak dpt detect sim card..skrg berada di hotel..berehat ..sekian menu malam ni nasi lemak lagi ..lupa nak beri tahu tadi dalam sebuk mencari hotel aku terpijak taik lembu..hampeh betul lembu ni..berak bersepah..

0 comments:

Catat Ulasan