Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » , » Pengalaman Ngeri Di Hat Yai

Pengalaman Ngeri Di Hat Yai

Pengalaman ngeri di Hat Yai terjadi pada saya sekitar tahun 2013. Ketika itu saya dan isteri saya menguruskan rombongan dari Malaysia untuk shopping Hari Raya Puasa.

Di suatu hari bulan puasa, setelah rombongan pulang ke Malaysia, kami berehat semalam di Regency Hotel berdekatan kawasan Lee Garden dan Centera Hotel.
Seperti biasa, pada awal pagi umat Islam bersahur untuk berpuasa. Kami pun turun, dan makan di sekitar gerai muslim berhampiran hotel Lee Garden.
Saya makan pulut ayam, dan isteri saya makan nasi goreng.Oleh kerana nasi goreng lambat disiapkan, saya selesai makan pulut ayam.
Saya beredar untuk hisap rokok. Saya berdiri betul betul dihadapan Hotel Lee Garden.
Datang 3 buah kapcai di tunggangi tiga gadis jelita dan sexy. Seorang dari mereka menyapa saya.
Hi bang, you look Malaysia ?
Ya, I from Malaysia, saya jawab.
Dia berkata lagi, bang tonight I offer you cheap, one night THB1000.
Sorry miss I no money, saya balas dalam broken English.
Ok bang, How about THB700.
Saya jawab no money.
Dia offer lagi Thb500, saya jawab no money, so sorry.
Last sekali dia kata, Ok lah bang, tonight I offer you free  for try, ok.
Saya tunjuk jari ke arah isteri saya yang sedang tersenyum, You see lady sitting over there, she is my wife, you go and ask her if you prefer to eat bullet for free this morning.
Dia memandang dan ketiga tiganya bergegas menaiki kapcai dan terus beredar dari situ.
Moral cerita ini, jika ride ke Thailand iman kena kuat. Pada akak akak pula, awasi abang abang yang ride solo ke Thailand. Bukan abang akak jahat, tapi terpaksa melalui pengalaman ngeri seperti ini.
p/s : kalau beristerikan orang Thai, dugaan kuat , peluang dah tipis. hahaha faham ka ?


2 comments: