Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » RIDE SOLO BERKAPCHAI LAOS - THAI (PART 3/DAY -1)

RIDE SOLO BERKAPCHAI LAOS - THAI (PART 3/DAY -1)

13HB SEPT 2015
DAY - 1
(DANNOK - HATYAI - BANGKOK)

Saya tiba di Pos Kawalan Imigresen Bukit Kayu Hitam dan Dannok sekitar 1.30 pm,kelihatan ramai anggota polis dari kedua-dua buah negara berada disekitar pusat pemeriksaan tersebut,tak tahu apa sebenarnya yg berlaku disitu.
Suasana petang ini,tidaklah sesibuk seperti2 hari2 minggu yg sebelom ini,jadi segala urusan diborder selesai dengan segera.

Oleh kerana Simkad Siam yg Pak eid pasang pada hp teman gagal berfungsi,saya tidak dapat menggunakan maps untuk ke destinasi seterusnya iaitu ke Hatyai Railway Station.Dari border ke Pekan Hatyai tidak lah sukar sebab hanya perlu ride straight je,tp untuk ke Railway tu yg menjadi masalah sebab belom pernah ke situ.
Nasibaik saya ada d/load maps yg offline iaitu Maps me,konfiden level tu adalah sikit,namun tidak jauh dari border tetiba sahaja langit mendung dan hujan turun dengan lebatnya,Aduh!satu lagi masalah timbul..macam mana nak guna maps ,kalo hp kena hujan,terpaksa tutup hp dan terus ride meredah hujan tanpa panduan.
Akhirnya tiba di Pekan Prik,saya teringat pernah makan dekat sebuah kedai muslim yg disebelahnya ada kedai Hp,saya berhenti diditu,mintak kedai tu tolong set up balik sambil buat top up utk kegunaan seminggu..
Hujan turun agak lebat,nasib baik sebaik sahaja melepasi pekan Sadao hujan terus berhenti dan diganti dgn panas terik,akhirnya dapat la saya mengunakan kembali maps untuk  sampai ke Hatyai Railway Station.

Saya tiba di situ sekitar 2.30 pm,terus parking di luar kawasan berdepan dengan HRS untuk ke kaunter tiket bg membuat tempahan tiket perjalanan ke Bangkok.
untuk membeli tiket,kita yg bukan rakyat tempatan hendaklah menunjukkan passport perjalanan ketika berurusan di kaunter tiket.Harga tiket bagi perjalanan Hatyai ke Bangkok/kelas 2/tmpt tidur bawah (RM 94.50).Tren akan berlepas pada jam  jam 6.45pm
Setelah mendapat tiket perjalanan.
saya terus ke bahg.penghantaran barang bg proses penghantaran motor ke Bangkok bersama dengan tren yg sama dgn saya.

untuk proses disini,paling mustahak kena ada tiket perjalanan terlebih dahulu,tanpa tiket tersebut anda tidak akan dilayan.Antara yg diperlukan untuk proses booking  ini ialah Tiket Tren/passpoort dan salinan geran motor serta wang tambang yg dikira berdasarkan cc motorsikal.
Setelah selesai,pegawai incharge akan memberi anda sekeping resit yg perlu disimpan utk digunakan semasa menuntut kembali motorsikal tersebut.Kemudian bawak motorsikal anda pada kerani yg berada diluar opis tersebut untuk proses kedua iaitu proses tampal sticker berdasar resit yg ada ada,dan juga anda perlu membayar duit tali pengikat motor.
Selesai urusan di situ,saya terus ke Surau yg disediakan utk solat jamak,Suraunya hanya muat 2@3 utk satu masa..tp alhamdulillah sekurang2nya memberi kemudahan kepada pelanggan tren yg muslim.

Oleh kerana masa utk tren bertolak masih ada 3 jam,saya mengambil peluang untuk makan dahulu di sebuah kedai makan muslim yg terletak diseberang jalan berhadapan dengan HRS,sambil itu saya juga menempah 2 pek nasi berlauk ayam goreng sebagai bekalan utk perjalanan yg panjang.
saya juga mintak izin pada kakak kedai tersebut untuk lepak dlm kedai tu sehingga tren ke Bangkok bergerak.
ok stop dulu..nanti sambung lagi



2 comments: