Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Kembara Merdeka 2015 Part 5-Thailand

Kembara Merdeka 2015 Part 5-Thailand


Bersambung di lokasi sunrise view tower.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Bergerak ke Kopi 12 selepas sahaja turun dari view point  dengan harapan dapat minum kopi disana.
Ayuh Bob kita kesuntukan masa dan jam sudah pun menghampiri 5 petang
Brader Bob melihat panorama dari jambatan  Pho Khun Pha Muang Bridge terletak di Daerah Lom Sak 48 kilometer menuju Route 12 Coffee di  Kheam Som daerah Phechabon.
Gaya mahu terbang bila berada di lokasi tempat tinggi...
Nice view dan bila dongak kebawah ..mak aiii dalamnya gaung...fuhhh
lihatlah kami diatas pucuk kayu↓↓↓ namun  Bob memberanikan diri untuk mengabadikan picture ini buat tatapan kawan kawan serta diri sendiri.....

Kami meneruskan lagi perjalanan ke lokasi penting hari ini.
Dalam perjalanan dapat merakankan gambar matahari sudah mula menuruni bukit bukau .
↓↓ 
Senja menjelang tiba kami harus cepat.

Kesempatan yang ada kami singgah digerai yang menjual asam jawa di route 12 ini.
Memang murah dan banyak disini

Terjumpa papan tanda menunjukkan arah Kuala Lumpur di persimpangan Pho Khun Pha Muang.
Mereka memang creative....apa untungnya papan tanda ini yang jaraknya 1850 kilometer ke lokasi.
Ianya menarik explorasi untuk bergambar dan lalu disitu..jauhnya pandangan mereka.
Tempat rehat untuk minum kopi di sini semuanya cantik belaka.
Kami hanya bergambar di Moai Khoa kho.

Lebih kurang jam 7 malam kami tiba dilokasi di tuju dengan harapan kedai masih beroperasi dan ianya tidak berpihak kepada kami..pihak pengurusan sedang menarik pintu kedai nak tutup..huhu
dapat bergambar sahaja
Sunyi sepi asbab kedai dah tutup.
Wajah kedai kopi Route 12 menjadi target para bikers Malaysia untuk bergambar didepan kedai ini.
Kapcai buruk ini pun sampai dan tidak menjadi masalah jika motosikal berkapasiti besar untuk kesini.

Motel disebelah Coffee shop agak mahal untuk kami menginap disini sekitar 800 bath 

Jom Bob kita cari lokasi lain untuk bermalam
At last kami ke 7e di dekat Phu Pa Sai resort ada motel 24jam pada harga 500 bath.




↑↑↑ inilah lokasi dan motel kami pada malam itu.

Bersambung di cerita seterusnya dengan view yang sangat cantik di sekitar Route 12 ini.


<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>


3 comments: