Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Jelajah Vespa 1 Malaysia Ke Mekah @ 4 ( INDIA )

Jelajah Vespa 1 Malaysia Ke Mekah @ 4 ( INDIA )


 Chennai - Nellore - Hyderabad - Nizamabad adalah target hari pertama kami.... saya sendiri x ingat, dari Chennai kami sampai kemana utk hari pertama. Malas lak nak buka buku rekod... Tetapi jalan nya mmg betul.. Kira saya main bubuh jer "start" dan "stop" perjalanan ini... Follow jer nama tempat yang saya sebut... InsyaAllah ok...

 Motor lama mana yg tak rosak, betul tak?..Tetapi, bagi saya... Vespa adalah hasil kejuruteraan engineer kapal terbang sebenarnya, jadi tidak hairan mengapa motor saya sendiri keluaran tahun 1964 masih gagah diatas jalanraya. Minor problem tu, biasalah... Kereta mahal pun tersadai tepi jalan kawan...hihihi


Bersama kenalan di Hyderabad... Jobot 3 gear tu kawan... Owner motor lak tokey pam minyak... Orang "have2" jer yg pakai vespa disini...hihihi.









Serius saya nyatakan, saya bukan seorang pakar IT atu mahir mengenai gadget. Study sikit2 sekadar untuk ambil tahu apa yg sepatutnya dikaji bagi membolehkan kami menjayakan ride ini.. nasib baik "Dokor Google Maps" ada.. hihii









 Entah apa yang mereka tulis kat batu tu, sukar utk saya translate disini.. Mungkin, kata2 selamat datang kot... saya bedal jer tu kawan2.. Janji ada kenangan untuk kami sebenarnya..






Inilah serba sedikit pemandangan kehidupan di tempat orang, peluang ni bukan semua org boleh dapat. Jadi, bersedia lah anda semua.. Jangan sia2 kan masa dan peluang yang ada..


Nak cari lembu, nak cari lembu...... hihihi... Kaum wanita disana turut sama membantu ekonomi keluarga dgn menjadi pengembala...  Najis lembu pun boleh digunakan tau?... bukan hanya digunakan sebagai baja, ia juga boleh digunakan sebagai bahan bakar.


Hazari Osnin, ( Adik Ipar ), Akim, Manja ( Adik )

 Masa ini, kami menghadapi sedikit masalah kehabisan minyak 2T... klu xder alamat nyer, merangkak lah kawan nak menyampai nya.... tetapi bak kata org tua2 dahulu, "dah terantuk, baru tengadah"... jadi pengajaran utk standby bekalan utk hari berikutnya,,...


"Ayahnda Rahim Amat"





Vespa dimana mana,.. Pergi lah mana pun disepanjang perjalanan kami... Ada saja vespa tidak kira di pekan mahupun dipendalaman...  

"Flash Back"


Jika sebelum ini, ada yang tetanya2... Mengapa kenderaan kami menaiki kapal dari Malaysia ke Chennai, India?

   1. Kami pernah menunggang dari Malaysia hingga ke Thailand terdahulu, tetapi... atas dasar kos yg     tinggi utk melalui kawasan di China yang mana, itu merupakan impian kami utk melihat sendiri syiar Islam yang mula2 bertapak disana. Mana lah kami mampu nak menanggung kos " Ground Operator " yang agak tinggi bagi kami warga marhaen.

2. Kami juga cuba mencari info untuk melalui Myanmar, juga gagal. Melalui pembacaan saya, Myanmar tidak membuka pintu sempadan mereka utk motorsikal ketika itu.. Visa pun tidak diberikan, melainkamn ada tiket kapal terbang. Ini ditambahkan lagi dengan krisis Pelarian Rohingya.
Kini, segala sudah berubah, banyak juga kenalan fb saya melalui negara Myanmar dimana kos nya jauh lagi murah dari melalui China. 

3. Perkara ke 3 pula, saya memang totally zero.. blank... kosong... tiada kenalan rider dan segalanya tentang ilmu pengembaraan. Saya ambil inisiatif sendiri bertanya dan mencari seorang demi seorang otai2 kembara. Nama2 seperti Sathiya Selvam, Dato Syed Moheeb, Tuan Hj Assir, Faizal Shukree, Dato Zamri Mwer, Ustaz Nahrawi Marzoki, Azman Baharuddin dan ramai lagi sahabat adventure rider... 

4. Diwaktu itu juga, saya sendiri kebinggungan, "ia ke tidak aku ni... Keluar negara dgn vespa buruk yg umurnya jauh lebih tua dari aku?" Tanpa ilmu pengembaraan... Tanpa kumpulan sokongan... Segalanya, dari segala urusan dokumentasi, Visa, Urusan Wisma Putra (Governmen To Government), urusan keewangan, kajian jalan yg boleh dilalui serta macam2 lagi lah.... Mujur Oarng tua dan adik2 saya telah menguruskan motor kesayangan saya dan motor2 lain.

5. Dan, perkara terpenting yang merunsingkan saya ialah mengenai masalah keewangan... Nasib baik, Allah swt membantu kami disaat2 akhir, Alhamdullillah... Anda pastinya tidak se gila saya ketika itu jikan anda berada ditempat saya. Kami bukan org senang semuanya,... Cuma, semangat, niat dan keikhlasan sahaja yg tebal didalam diri masing2.. Bak kata ayahnda saya....

"Kita Mencari Kemanisan Dalam Kepahitan"


 Bersambung kita kepada tajuk diatas, ini adalah sedikit gambar kenangan ketika kami melalui daerah2 di India. Panas ohhh masa tu.. Orang tempatan pun ingat saya ni orang sana.,.. Apalagi, saya pun jual minyak lah... Saya x faham apa dia cakap, mereka pula x faham apa yg saya utarakan... ini macam baru betul... Jadi, pengajaran yang perlu diambil ialah, bahasa English sahaja tidak mencukupi utk kita ke tempat orang... Gunakan lah bahasa melayu walau dimana kita berada...hahhahha... confirm, pening lepas tuuu...


"Pak Cik Mat Besi"
Disaat saya mengarang blog ini, beliau sedang bertarung melawan penyakit barah usus. Rakan baik saya dan orang tua saya. Berusia 65 tahun diwaktu itu... Tidak malu kah anda orang muda?... Usia bkn pengahalang buat sahabatku ini. 




Jangan bagi "Young Man" ni dok depan, mmg x jumpa lah jawap nya. Ada bran?..


MB 31 dimana2... Biar buruk janji boleh jalan... Dari baru, dok pusing taman... Jangan marah nohhh...gurau jer...  Itu ayat bakaq bagi semangat kwn2 lain... Jangan pula berpandangan negatif yea kawan2.. We all are riders... Let's ride.


.... continued...

9 comments:

  1. India , Bangladesh lembu mmg banyak.
    Daging kotak malaysia import dari india.
    Episod akan datang boleh bagi gambar road map pula kot.
    Tumb up

    BalasPadam
  2. sori kekanda......takdak markah untuk kertas ni..hahahaaha
    tp masih okla...janji kami faham apa nak disampaikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. xder markah pun xper aikhhh...den bukan penulis...main hontam yo ni haaa

      Padam
  3. sori kekanda......takdak markah untuk kertas ni..hahahaaha
    tp masih okla...janji kami faham apa nak disampaikan.

    BalasPadam