Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » One Heart Ride Part 2 [Peninsular Malaysia ]

One Heart Ride Part 2 [Peninsular Malaysia ]


Day2

Pagi 16 August 2015 seawal jam 6 pagi saya bergerak dari Menara U2 menuju utara tanahair menyusuri Elit Hiway hingga ke Tanjung Malim bersambungan AH2 Lebuhraya Utara Selatan.
Diperjalanan saya membuat temujanji dengan rakan biker yang tidak asing di arena permotoran tanahair dan juga salah seorang peserta KBS yg lepas iaitu saudara Abikhalid.
Katanya hendak berjumpa rakan di sekitar Tapah dan kami berkeputusan berjumpa di Exit tol Tapah outbound.
Kali ini Abikhalid bersama Isteri dalam perjalanan ke Taiping untuk menjemput anak mereka yang bercuti bersama keluarga untuk pulang ke Kuala Selangor .
Dari exit Tapah kami bergerak ke Kg Pasir sekitar 10 Kilomiters untuk sarapan pagi.
Setiba saya di Capati Corner Kg Pasir kelihatan sebuah motosikal Versys Hitam kuning siap menunggu kedatangan kami.


Restoran Capati Coner Kg Pasir 


Kali pertama saya bertemu beliau dan kami tidak kekok berbual sambil menunggu pada kadar 15 minit sebelum Abikhalid tiba kerana dia mencari kedai kereta untuk membetulkan bumper rosak dilanggar kereta semasa di exit Tapah tadi.


Kami bertiga memesan Capati , Kari Kambing serta satu Ayam untuk isteri Abikhalid dan kata saudara Col Rani yang baru beberapa jam mengenali beliau Kari Kambing sedap...
Licin pinggan asbab sedap dan belum sarapan pagi.
Pabila 3 rider berkumpul masing-masing mula bertanyakan program ride.
Col Rani berbaju biru gelap memberi nombor contact beliau pada saya dan begitulah sebaliknya.
Abikhalid berbaju biru muda tertera tulisan KBS ,bertanyakan saya...
Awak nak kemana???!!.........
Saya jawab..entah dekat- dekat je kot
Nak cakap pergi jauh kalau tak jadi kang sendiri yang malu nanti..lebih baik cakap tak pasti lagi...
Abi menghadiahkan saya 4 tin DAMIA milik syarikat beliau buat bekalan perjalanan saya nanti.
Product ini bukan asing pada saya kerana saya sudah memiliki daripada beliau sebelumnya dan masih ada di kediaman saya sebagai stock jika rakan atau sesiapa yang ingin mencubanya...
Sounthern Agent untuk product DAMIA...

Okeylah Abi,Col Rani saya perlu berangkat dulu menuju Cameron Highland pula..
Perjalan menuju Tanah Rata  melalui Tapah agak mencabar berbanding Simpang Pulai atas sebab liku liku yang banyak serta jalan kecil dan kurang cantik...
Rider  senantiasa mencari kelainan  cabaran baru yang lebih Adventure.

Singgah di Lata Iskandar refresh dan bergambar disini....



Inilah DAMIA yg dibekalkan kepada saya untuk ride kali ini
Saya terus mendaki dan singgah di Tea House Cameron Valley dan membeli 2 bungkus teh untuk kawan di Bangkok iaitu saudara Rons Ally..
Banyak kali dah singgah disini untuk minum teh dan harganya boleh tahan mahal pada yang tak berduit seperti saya....

Sambil meninjau sekitar ladang Teh menghirup udara segar dan kehijauan kebun teh yang mempersonakan mata..
SUBHANALLAH!!

Welcome to Cameron Highlands sign yang masih gagah berdiri dan seingat saya sign ini sudah mencapai 20 tahun lebih..

Meronda sekitar Tanah Rata dan bergambar di kediaman orang-irang kenaaan serta rumah rehat Tuanku Sultan Perak/Pahang saya terlupa setelah diberitahu oleh petugas disitu..
Tempat ini namaya "Royal Chatiau" anda boleh google kiranya ingin bergambar disini....

Misi seterusnya untuk bertemu rakan baru iaitu Yoep Chiru @ Malaysian Caravan di Cameron Velly .


Inilah Yoep Chiru yang sudah mengembara menggunakan 4x4 ke Kunming China.
Bergambar disini..Cameron Highlands sinonim dengan Teh dan Strawbery dan tidak lengkap jika anda miss up 2 benda ini..
Kapcai saya sempat bergambar dihadapan  kedai teh yang saya dan Yoep minum tadi.

Sejuk mata memandang view ditanah tinggi dan tempat keligaan saya sejak dulu lagi...

 
Segar ,Manis dan semurah 3 pack untuk hanya RM 10 sahaja.
Buah tangan untuk keluarga di Alor Setar serta kawan dalam perjalanan.


Big sign jika anda datang dari arah Simpang Pulai menuju Brincang di Cameron Highlands.


Kabus tebal semasa menuruhi CH dan cuaca baru lepas hujan.



Perjalanan diteruskan ke Kedah dan lokasi seterusnya Sungai Petani untuk ngeteh bersama Subri Gulong and Rosli Sulaiman..

Dari hari pertama lagi sepanjang perjalanan berjumpa degan kenalan dan rakan bikers.
Ukwah silaturrahim terjalin diantara kami mungkin kerana  meminati bidang yang sama serta ikatan bratherhood sudah terjalin sekian lama.

Meet up di kedai Chiken chop/grill  dijalan  Kampung Baru sehingga jam 11.30 malam dan terpaksa  bersurai dek kerana Subri Gulong bertugas jam 12 Malam.
Otai Rosli Sulaiman hanya tersenyum melihat jentera saya yang akan gerak ke IndoChina dan jentera inilah yang membawa saya serta anak lelaki saya pada hujung Dec 2014 hingga minggu pertama Jan 2015 juga di IndoChina.
Padahal kapcai Otai Rosli lagi jauh perjalanannya dibandingkan kapcai saya yang seusianya..
Kami beredar dan berpisah disitu menuju Alor Setar untuk bermalam di rumah Ibu mertua saya di Simpang Kuala.
Jam 1230 pagi selamat tiba di destini terakhir untuk perjalanan hari kedua saya bersama kapcaiku ...
To be continue..................
<<<<<<<<<<<<<< <<>>>>>>>>>>>>>>





0 comments:

Catat Ulasan