Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » , » RIDE SOLO BERKAPCHAI LAOS - THAI ( PART 10 -DAY 3 /LAOS)

RIDE SOLO BERKAPCHAI LAOS - THAI ( PART 10 -DAY 3 /LAOS)

17HB SEPT 2015
LUANG PRABANG  - BORDER BOTEN - LUANG NAMTHA (350KM)
TARGET RIDE


Hari ini merupa hari yg paling mengelisahkan,kerana telah dimaklumkan oleh rakan2 obelender yg pernah datang ke Laos sebelom ini,yg laluan ini terdapat laluan offroad sejauh lebihkurang 60km.
Jarak ride hari ini juga merupakan jarak terpanjang yg saya bakal tempuhi sepanjang 4 hari saya di dalam Laos.
Seperti mana biasa,saya akan bangun seawal yg mungkin untuk mempersiapkan sarapan dan bekalan makanan utk dibawa bersama.
Setelah jam menunjukkan jam 7.30 am,saya menyerahkan kunci bilik ke meja kaunter yg tanpa ada staff  bertugas utk seawal waktu begini,bagaimana pun saya telah maklumkan terlebih dahulu semalam semasa check  in yg untuk hari ini saya akan bergerak awal,dan saya diarah meninggalkan sahaja kunci di situ.
PENGINAPAN DI L.PRABANG
Seperti mana biasa,setiap hari diawal pergerakan akan terjadi masalah utk keluar dari penginapan utk ke laluan sebenar.Walaupun mengunakan gogle maps sebagai panduan,kekadang berlaku juga tersalah arah,untuk mengelak dari membuang masa terpaksalah bertanya kepada beberapa penduduk tempatan untuk kepastian arah mana yg patut diambil.
Cuaca pagi ini elok tidak seperti hari2 sebelomnya,dimana setiap pagi akan diliputi awan mendung.
Berlaku sekali lagi kesilapan mengambil laluan yg betul,sehinggalah saya dibawa ke kawasan pendalaman,yg menywebabkan saya terpaksa berpatah balik selepas mengharung jalan tersebut,akhirnya dengan bantuan penduduk tempatan saya kembali berada di laluan yg sebenar.
Selepas berjaya keluar dari kawasan Luang Prabang
BATU TANDA 34KM TELAH MENINGGALKAN BANDAR LUANG PRABANG
sepenuhnya,perjalanan saya menjadi lancar untuk mengharungi selekoh2 dan kawasan perkampungan  serta beberapa pekan kecil yg terletak sepanjang  jalur banjaran.
PERKAMPUNGAN DI KAW.OFFROAD


PERKAMPUNGAN DI KAW OFFROAD

Pemandangan dari atas banjaran ke kaki bukit amat memukau pandangan mata.Dengan kelajuan sekitar 60 -80km/jam saya berterusan menikmati keindahan alam yg masih belom diterokai dgn penuh nikmat..alhamdulillah saya antara yg diberi keupayaan oleh Allah swt utk menikmati keindahan bumi Laos.
PEMANDANGAN SAWAH
PERMANDANGAN  DR JAMBATAN MERENTASI SG MEKONG

Akhirnya saat yg dinanti-nantikan telah tiba,apabila saya mula memasuki kawasan offroad yg selalu diviralkan dalam fb.
Yg dimaksudkan offroad disini ialah jajaran pembinaan tapak jalanraya utama dari Udomxay ke Muang Kasi yg masih dalam proses pembinaan,jarak asal nya jajaran ini ialah lebih kurang 200km,tetapi sebahagia darinya telah siap dan baki lebih kurang 60km ini dijangka akan siap sepenuhnya mungkin dalam masa terdekat antara 2016 -2017...apabila siap sepenuhnya ia akan membentuk satu laluan jajaran pergunungan yg amat cantek dan akan berakhirlah sejarah offroad yg selama nimenjadi igauan dan buruan para rider dari luar.
Nasibaik! hari saya melalui kawasan offroad ini,cuaca amat baik sekali..tiada jalan yg diseliputi dengan selut2 tanah merah,hanya dibeberapa tempat yg terdapat kesan tanah runtuh akibat dari hujan lebat yg telah turun seminggu sebelom saya sampai..menyebabkan kekadang terpaksa berhenti untuk menunggu kerja baik pulih selesai.
AKSI MENUNGGU
AKSI MENUNGGU KERJA BAIK PULIH JALAN SIAP


KERJA BAIK PULIH LAND SLIDE

Sepanjang laluan dari L.Prabang ke L.namtha terdapat 2 kawasan rehat yg terletak dikawasan tertinggi dibanjaran tersebut dijadikan kawasan Rawat dan Rehat serta view point iaitu
-RnR  Pho Khoun yg telah siap sepenuhnya dan yg satu lagi masih dalam pembinaan,dari sini kita akan dapat menyaksikan pemandangan indah kaki bukit yg berada dibahgian bawah.Malangnya hari teman tiba disitu,cuaca agak mendung menyebabkan view yg cantek itu kurang jelas untuk dilihat.
PEKAN PHOU KHOUN
KEDAI MINYAK DAN RUNCIT

Kali pertama untuk hari ke -3 saya ride didalam Laos,terpaksa berhenti untuk mengisi minyak di sebuah kedai yg terletak di satu perkampungan kerana jarak perjalanan hari ini melebihi 200km

RNR DLM PEMBIKINAN


PEMANDANGAN JLN OFFROAD(warna merah) dr RnR

Setelah berhempas pulas menerokai offroad 60km,akhirnya saya tiba di Udomxay,sebuah bandar  besar yg memang bersih dan teratur cantek
GERBANG ODUMXAY
HF DIBAWAH GERBANG UDOMXAY
. Dari situ saya meneruskan perjalanan menuju ke Border Boten yg menjadi target utama saya utk ride kali ni iaitu utk ke Batu viral 1KM/China Border.

Sekitar Jam 5.00pm saya tiba di B.Boten..bila saya tiba disitu,baru saya tahu apa yg sebenarnya keadaan disekitar kawasan batu tersebut,dahula saya ingat batu tersebut terletak dikawasan hutan,rupa2nya ianya terletak di pinggiran bandar Boten yg tersergam indah.
Bagaimana pun atas sebab henpon saya hampir kehabisan bateri saya tidak dapat mengambil banyak  gambar2 yg menarik disekitar lokasi tersebut.
MAIN TARGET DAH TERCAPAI..YAHOOOO

Selesai Misi di Batu Viral tu,saya terpaksa bergegas untuk ke Luang Namtha pula kerana hari semakin lewat petang.Saya berbelah bagi samada hendak bermalam di B.Boten @ L.Namtha.
Disepanjang jalan berhampiran B.Boten terdapat banyak Guesthouse,akhirnya saya mengambil keputusan utk menginap di L.Namtha supaya mudah untuk saya meneruskan misi ride saya pada hari esoknya.
Kelewatan saya keluar dari B.Boten menyebabkan saya terpaksa ride didalam gelap utk ke L.Namtha.Bagi saya ride didalam gelap hanya bertemankan cahaya lampu hadapan motorsikal di Laos memang menyukarkan disebabkan tiada line puteh untuk dijadikan panduan ditambah pula dengan jalan yg bengkang bengkok berselekoh.Saya terpaksa mengekori sebuah motorsikal sebagai panduan.Nasibaik motorsikal tersebut pun menghala ke arah sana,hanya kami berdua yg masih menggunakan laluan tersebut..kalo sorang2 mmg ngeri.
Akhirnya sekitar jam 8.00mlm saya tiba di sebuah guesthouse didalam bandar L.Namtha.Rseort yg bernama Adounsiri guesthouse dgn kos 250tb.
PAPANTANDA G/HOUSE


BERSAMA DGN MR. KAT OWNER G/HOUSE

Dah dapat bilik..apalagi nak buat...berehatla sampai besok pagi...nanti sambung lagi


0 comments:

Catat Ulasan